JKKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Hari Kebangsaan 2017

Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Menyambut 2009M




Majlis Tahlil Serta Murhaban oleh Wanita Bukit Ibam tersebut telah diadakan diPejabat JKKK Bukit Ibam, bagi menyambut kedatangan tahun 2009 M. InsyaAllah harapan agar semua muslimin dan muslimat di atas permukaan bumi ini beroleh kesejahteraan.. begitu juga yang berada di bumi Palestin sekarang...ini..amin...

Sabtu, 27 Disember 2008

Awal Muharam 1430H





Doa Awal Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Isnin, 22 Disember 2008

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Bukit Ibam


Barisan Jawatankuasa mengucapkan selamat menyambut Hari Natal,serta kepada semua umat islam khasnya Selamat menyambut Awal Muharam..
Posted by Picasa

Jumaat, 19 Disember 2008

..KITE....

Seperti apa yang dtuliskan dalam kenyataan akbar tersebut...memang apa yang patut....kita tafsirkan....serta realisasikan......


Renungkan.......fikirkan.......
Posted by Picasa

Kite...

Posted by Picasa




Ahad, 14 Disember 2008

CHIKUNGUNYA.


FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.
Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara
Sila rujuk kenyataan akhbar.

12. Tindakan Kementerian Kesihatan
Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:
• Pengesanan kes secara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatan
Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700
Laman web: www.moh.gov.my

PATUHILAH ARAHAN YANG DIBERI OLEH ANGGOTA KESIHATAN



Jumaat, 12 Disember 2008

PERINGATAN BANJIR....

Akhir-akhir ini cuaca nampaknya menandakan kita telahpun berada dalam musim tengkujuh. Kita sudah mula memperkatakan tentang banjir yang bakal melanda kampung-kampung yang berada dikawasan rendah dan ditepi-tepi sungai. Segala persiapan perlulah dilaksanakan dengan segera. Bagi peringkat DUN Bukit Ibam, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.


Jawatankuasa Banjir peringkat DUN telahpun ditubuhkan. Jawatankuasa ini perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi membantu rakyat dan penduduk kampung yang sering terlibat dengan banjir dapat diselamatkan dengan segera dan ianya juga bertindak untuk menjaga kebajikan meeka dengan sebaik mungkin. Pusat-pusat pemindahan perlulah dikenalpasti dengan segera. Bagi rakyat yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan banjir perlulah memberi kerjasama sepenuhnya apabila arahan pemindahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


Saya difahamkan, pada tahun ini , banjir mungkin lebih buruk daripada yang telah lepas. Paras air dijangka makin meningkat daripada tahun lepas. Ini sudah pasti akan menyulitkan usaha menyelamat jika penduduk yang terlibat dengan banjir tidak mematuhi segala arahan yag bakal dikeluarkan nanti. Pihak Saya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang alain akan segera memberi bantuan dengan memindahkan penduduk terbabit ketempat-tempat Pusat Pemindahan Banjir. Dalam situasi genting ini, nyawa perlu diselamatkan dengan segera. Harapan saya semoga kerjasama yang sepenuhnya dapat diberikan kepada petugas-petugas banjir. Ketua kampung (Tok 4) perlulah mengambil berat akan perkara ini dengan mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa penduduk kampung. Mereka juga perlu menyediakan senarai lengkap mangsa-mangsa banjir yang terlibat.


Harapan saya , semoga jawatankuasa yang telah ditubuhkan nanti, dapat melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Terima kasih.---

--Pesanan YB.Dato'Hj.Mohamad Shafri bin Abd.Aziz (ADUN Bukit Ibam)..Thursday, November 27, 2008.




( InsyALLAH...bagi warga Bukit Ibam tetap bersedia....)

Isnin, 8 Disember 2008

Aidil Adha 2008






Sejahtera kepada semua..

Aidil Adha 2008.. semakin jauh meninggalkan waktu kepada kita semua..tetapi perlaksanaan serta kewajipan mengagihkan daging Qurban kepada mereka yang layak tetap disempurnakan walaupun keadaan cuaca agak basah....tapi alhamdulliah..semuanya berjalan dengan lancar...

Selesai solat Raya..maka ternakan yang diQurbankan...Lembu ( 04 ) ekor pun tumbanglah.....seterusnye... kerja - kerja melapah diusahakan oleh orang ramai yang datang ke masjid Al-Nardhah tersebut...dalam pada usaha kerja tersebut dijalankan tanpa menghiraukan hujan yang turun..namun usaha tetap dilakukan dengan bersungguh-sungguh...

Dianggarkan daging yang dapat diperolehi lebih kurang 200 kilo lebih...serta diagihkan kepada ibu-tunggal, mualaf..warga emas ,dan juga warga miskin...


Maka dikesempatan ini kami warga Bukit Ibam amat berterima kasih kepada YB.Dato'Sri Dr.Hj. Jamaluddin bin Dato'Jarjis, yang telah menyumbangkan dua (02 ) ekor lembu untuk di Qurbankan...begitu juga lembu daripada En.Ramli bin Yusop(Ramli MiniMarket) bukit ibam dan juga En Othman bin Abdul Ghafar di atas sumbangan lembu bagi agihan daging qurban....

Semoga ALLAH S.W.T jualah yang menbalas segala jasa baik...Amin....

Ahad, 7 Disember 2008

Prepare Lemang...




Raye Aidil Adha


Perah santan,Kelapa tua
Untuk dimasak bersama lemang,
Aidil Adha 2008 Sudah pun tiba,
Salah dan silap jangan lah dikenang...


Posted by Picasa

Raya AidilAdha 2008

Aidil Adha yang menjelma..

Maka dengan itu persiapan untuk menyambut kedatangan hari raya Qurban telah dibuat di perkarangan pejabat Jkkk Bukit Ibam. sememangnye..Juadah lemang tidak akan dilupakan....maka usaha tersebut dilaksanakan juga...seterusnya dengan sibuknye.. serta bertungkus lumus...namun tetap dijayakan..walaupun dengan keadaan hujan turun......Rahmat Allah...
Terima Kasih kepada semua yang membantu...
Posted by Picasa

Ahad, 30 November 2008

Senyummm Leborrr..




Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam






en.li kedah...









Kaum Ibu tidak ketinggalan..








Pn. Norzila Manaf Ketua Penolong Pegawai Daerah Rompin.




Tok 4 Bukit Ibam,


Pn.Hamsiah Salleh.....
Posted by Picasa

Nov 2008

Semasa majlis jamuan Sambutan Hari raya..








30 November 2008.
Majlis Khatan & Sumbangan Dana Negeri Pahang yang dirasmikan oleh Pn.Norzila Manaf,Penolong Pegawai Daerah Rompin.



Posted by Picasa

Ahad, 23 November 2008

Picasa Web Albums - bukit ibam - Drop Box

Picasa Web Albums - bukit ibam - Drop Box


aktiviti
















Pemimpin Bersama Rakyat 2008 Di Bukit Ibam
.













Program yang dijalan bersama Maxis Broadband Malaysia,ilmu untuk komuniti setempat....
Posted by Picasa

Catatan..




Sejahtera kepada warga..khasnya..my hometown...
Kepada semua, salam pertemuan ...dialam maya...bagi permulaan ini,apa yang hendak saya nyatakan,nanti akan diketahui jua...



SUKANEKA BUKIT IBAM