JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 12 Disember 2008

PERINGATAN BANJIR....

Akhir-akhir ini cuaca nampaknya menandakan kita telahpun berada dalam musim tengkujuh. Kita sudah mula memperkatakan tentang banjir yang bakal melanda kampung-kampung yang berada dikawasan rendah dan ditepi-tepi sungai. Segala persiapan perlulah dilaksanakan dengan segera. Bagi peringkat DUN Bukit Ibam, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.


Jawatankuasa Banjir peringkat DUN telahpun ditubuhkan. Jawatankuasa ini perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi membantu rakyat dan penduduk kampung yang sering terlibat dengan banjir dapat diselamatkan dengan segera dan ianya juga bertindak untuk menjaga kebajikan meeka dengan sebaik mungkin. Pusat-pusat pemindahan perlulah dikenalpasti dengan segera. Bagi rakyat yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan banjir perlulah memberi kerjasama sepenuhnya apabila arahan pemindahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


Saya difahamkan, pada tahun ini , banjir mungkin lebih buruk daripada yang telah lepas. Paras air dijangka makin meningkat daripada tahun lepas. Ini sudah pasti akan menyulitkan usaha menyelamat jika penduduk yang terlibat dengan banjir tidak mematuhi segala arahan yag bakal dikeluarkan nanti. Pihak Saya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang alain akan segera memberi bantuan dengan memindahkan penduduk terbabit ketempat-tempat Pusat Pemindahan Banjir. Dalam situasi genting ini, nyawa perlu diselamatkan dengan segera. Harapan saya semoga kerjasama yang sepenuhnya dapat diberikan kepada petugas-petugas banjir. Ketua kampung (Tok 4) perlulah mengambil berat akan perkara ini dengan mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa penduduk kampung. Mereka juga perlu menyediakan senarai lengkap mangsa-mangsa banjir yang terlibat.


Harapan saya , semoga jawatankuasa yang telah ditubuhkan nanti, dapat melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Terima kasih.---

--Pesanan YB.Dato'Hj.Mohamad Shafri bin Abd.Aziz (ADUN Bukit Ibam)..Thursday, November 27, 2008.




( InsyALLAH...bagi warga Bukit Ibam tetap bersedia....)

Tiada ulasan: