JKKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Hari Kebangsaan 2017

Sabtu, 28 Februari 2009


Telah dirasmikan oleh Yb.Dato'ADUN Bukit Ibam
Pada 27hb. Feb 2009 (Sabtu) .

Turut dihadiri Pegawai Kemas Rompin En. Shahrizal
Terima kasih di atas kehadiran Yb.Dato' yang sudi meluangkankan masa beliau serta menyampaikan ceramah.
Terimakasih juga kepada ibu bapa yang yang hadir sebegitu ramai lagi memeriahkan acara program tersebut.


Isnin, 23 Februari 2009

Mesyuarat Agung Pibg Sk Bukit Ibam -33














22hb.Feb 2009.

Yb. Dato' Hj.Mohamad Shafri bin Abd Aziz ADUN BUKIT IBAM,telah merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Bukit Ibam kali - 33 serta menyampaikan sumbangan kepada tujuh (07) pelajar cemerlang dalam peperiksaan Upsr tahun lalu.



















dimonopoli oleh kaum ibu...





Antara guru-guru yang giat serta bekerja keras di belakang tabir.








diantara ibubapa perihatin yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Sabtu, 14 Februari 2009

KEPERIHATINAN...


Keperihatinan ...
Yb. Dato' Hj.Mohamad Shafri bin Abd Aziz ADUN BUKIT IBAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Da'wah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan merangkap Ahli MMK Pahang,




















Sabtu,14hb.Feb 2009.

Atas dasar tanggungjawab terhadap sesama insan yang lebih daif,maka pada tarikh 14Feb2009( Sabtu) ,satu program kemasyarakatan telah diadakan di Bukit Ibam.Tujuan program tersebut adalah bagi membantu salah seorang ibu tunggal dipenempatan yang keadaannya kehidupan serta kediamannya agak uzur dihuni oleh beliau serta anak dan menantu begitu juga dengan tiga cucunya.Pn.Hazizah binti Yunus yang telah kehilangan tempat bergantung setelah suami beliau meninggal dunia.


Yb.Dato' Sri. Dr. Hj. Jamaluddin bin Dato' Mohamad Jarjis ( Ahli Parlimen Rompin ) serta Yb. Dato' Hj.Mohamad Shafri bin Abd Aziz ADUN BUKIT IBAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Da'wah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan merangkap Ahli MMK Pahang,telah berbesar hati menyumbangkan peruntukkan kayu,papan serta kelengkapan lain kepada keluarga tersebut. Jkkk Bukit Ibam bersama warga Ibam yang perihatin telah bersama-sama meringankan tulang bergotong royong membaiki keadaan rumah beliau yang uzur tersebut.. Program tersebut bermula jam 8.00pagi.

Alhamdulillah, dengan kerja sama dari warga yang perihatin,kerja - kerja pertukangan berjalan dengan lancarnya.Nama beliau telah pun tersenarai di dalam permohonan rumah PPRT yang akan dilaksanakan di Bukit Ibam tidak lama lagi.








Rabu, 11 Februari 2009

PAHANG DARULMAKMUR.





Official Flag, Song & Emblem of Pahang
Contributed by Administrator
Tuesday, 26 December 2006
Last Updated Tuesday, 22 May 2007


The State Of Pahang Official Song


Title: "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI" (Allah Save Our Sultan)

New lyric:

"Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".

Old lyric:
"Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Duli
Tuanku Raja Kami".

True Meaning of the Flag of Pahang State
Black represents the colour of the Bendahara’s authority who once upon a time ruled the state.
White represents the monarchy. Additional white above the black means that the State of Pahang is a state of sovereign
monarchy and has its own Sultan.
It also means that the state has special privileges, laws, customs, and codes of conduct as well as specific Sultan rights
as a sovereign, monarchical state in Malaysia.

True Meaning of the State’s EmblemThe coffee-leaf shaped emblem is made of gold including the penongkok
and taran. Gold was chosen, firstly because to show that in 1862, gold was the most important source of income in
Pahang. Secondly, it was also a powerful tool to fight against the immunity magic. The crossed tusks beneath the coffee
leaf suggest that Pahang was rich with elephant tusks and that it was a very profitable business selling tusks at that time.
The phrase “Ya La Tif” means the gentle one – to reflect that the rulers of Pahang do not need
violence to instill peace in the state. The phrase also works as a powerful spell against evil magic.


Laman Web Rasmi Negeri Pahang Darul Makmur
http://www.pahang.gov.my Powered by Joomla! Generated: 11 February, 2009, 23:42

Sabtu, 7 Februari 2009

Gerhana bulan penumbra Isnin ini






Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

"Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi.

Mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung boleh disaksikan di laman web www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam. -"Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi," menurut kenyataan itu.

Tahlil Arwah Tun Abd.Razak

Posted by Picasa

Jumaat, 6 Februari 2009

Salam Sejahtera...

Syukur kepada ALLAH S.W.T dengan izinNya maka program majlis tahlil arwah sepertimana yang dirancang dapat berjalan dengan lancar....alhamdulillah...
Bacaan tahlil tersebut dipimpin oleh Yb.Dato'Mohamad Shafry bin Abdul Aziz ADUN BUKIT IBAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Da'wah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan merangkap Ahli MMK Pahang.

Kehadiran penduduk khasnya warga Bukit Ibam amat menggalakan...InsyaAllah majlis seperti ini akan terus dilaksanakan...manakala majlis tahlil arwah ini diadakan bagi mengingati permergian Allahyarham Tun Abd.Razak bin Dato'Hussein Al-Haj,bekas Perdana Menteri Malaysia ke2,insyaAllah dengan izinNya maka kami merancangkan agar majlis tersebut menjadi salah satu Majlis Rasmi Tahunan dalam kalender Jkkk Bukit Ibam Khasnya.

Dikesempatan itu juga pihak pengurusan turut mengadakan bacaan doa kepada arwah-arwah keluarga penduduk yang terdahulu pergi meninggalkan kita..semoga roh mereka dicucuri rahmat serta mendapat keredhaanNya..Amin.

Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir...begitu juga kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus - lumus juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih...

Khamis, 5 Februari 2009

Tahlil..Arwah

Abdul Razak

In office
22 September 1970 – 14 January 1976
Monarch
Abdul Halim
Yahya Petra
Deputy
Ismail Abdul Rahman
Hussein Onn
Preceded by
Abdul Rahman
Succeeded by
Hussein Onn

In office
31 August 1957 – 22 September 1970
Prime Minister
Abdul Rahman
Preceded by
Office established
Succeeded by
Ismail Abdul Rahman

Born
11 March 1922(1922-03-11)
Pekan, Pahang, British Malaya
Died
14 January 1976 (aged 53)
London, England, United Kingdom
Political party
United Malays National Organisation-National Front
Spouse
Rahah Noah
Alma mater
Malay College Kuala Kangsar
Raffles College
Occupation
Lawyer

Religion Islam





Selamat Sejahtera..kepada pengunjung ruangan ini.......

Untuk makluman semua.....satu majlis tahlil akan dilaksanakan bertempat dipejabat JKKK Bukit Ibam pada 05hb.Feb.2009 (Khamis), jam 9.00pm.Majlis tahlil Arwah allahyarham Tun Abd.Razak bin Dato'Hussein serta arwah-arwah yang telah meninggal dunia terdahulu daripada kita.

Kepada warga bukit Ibam khasnya...dijemput hadir ke majlis tahlil tersebut pada masa dan tempat yang tertera di atas...bagi sama - sama kita mendoakan kesejahteraan roh arwah Tun Abd Razak begitu juga arwah-arwah dari kalangan keluarga kita yang terlebih dahulu meninggalkan kita beroleh rahmat dari ALLAH S.W.T.... amin.

Sekali lagi dijemput khasnya kepada warga Bukit Ibam dapat menghadirkan diri...bagi pengetahuan am...jam 2.00pm petang ini akan bermulalah para petugas melakukan persediaan bagi majlis malam nanti.

Sekian terima kasih....