JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 6 Februari 2009

Salam Sejahtera...

Syukur kepada ALLAH S.W.T dengan izinNya maka program majlis tahlil arwah sepertimana yang dirancang dapat berjalan dengan lancar....alhamdulillah...
Bacaan tahlil tersebut dipimpin oleh Yb.Dato'Mohamad Shafry bin Abdul Aziz ADUN BUKIT IBAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Da'wah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan merangkap Ahli MMK Pahang.

Kehadiran penduduk khasnya warga Bukit Ibam amat menggalakan...InsyaAllah majlis seperti ini akan terus dilaksanakan...manakala majlis tahlil arwah ini diadakan bagi mengingati permergian Allahyarham Tun Abd.Razak bin Dato'Hussein Al-Haj,bekas Perdana Menteri Malaysia ke2,insyaAllah dengan izinNya maka kami merancangkan agar majlis tersebut menjadi salah satu Majlis Rasmi Tahunan dalam kalender Jkkk Bukit Ibam Khasnya.

Dikesempatan itu juga pihak pengurusan turut mengadakan bacaan doa kepada arwah-arwah keluarga penduduk yang terdahulu pergi meninggalkan kita..semoga roh mereka dicucuri rahmat serta mendapat keredhaanNya..Amin.

Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir...begitu juga kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus - lumus juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih...

Tiada ulasan: