JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 29 Mei 2009

Kursus (IBS) di ABM Wilayah Timur Mei 2009



Antara peserta tiga negeri yang menghadiri serta sesi bergambar,bersama-sama dengan Pegawai Operasi ABM ..Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur(En. Maliki bin Endut) dan juga Pengajar dari Innovacia Kuala Lumpur ( En Rashidi ).
Posted by Picasa

Pembelajaran Berterusan

Apa yang saya difahamkan, ABM menawarkan lebih dari 50 trade kursus,peluang yang saya perolehi amatlah bemakn. Ini adalah kali kedua sesi kursus yang saya hadiri di ABM Wilayah Timur bertempat di kg Jenagor Kuala Berang Terengganu.
Antara kursus yang terdapat,Crane Operator,Plant Operation,serta pelbagai lagi..

Posted by Picasa

Pembelajaran Berterusan


Salam sejahtera...
antara para belia dan beliawanis yang mengikuti pembelajaran di pusat Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, yang mana saya telah pun diberi kesempatan untuk menghadiri kursus seminggu di dibawah seliaan CIDB dan PKK Wilayah Timur serta melibatkan tiga zon negeri iaitu Pahang, Terengganu dan juga Kelantan.
Peserta yang menjalani kursus IBS ( Industrial Building System ) adalah seramai 30 orang kesemuanya..

Posted by Picasa

Khamis, 14 Mei 2009






BUKIT IBAM- 08 Mei 2009, JKKK Bukit Ibam mengucapkan sekalung taniah kepada Kakitangan Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah Rompin yang efisien dan komitmen menjalankan tugas mereka yang telah diamanahkan oleh kerajaan Negeri Pahang yang diperintah oleh Kerajaan BN.

Bertarikh 18 mac 2009 kami merujuk kepada blog.PAS.Cawangan Bukit Ibam telah mengeluarkan satu kenyataan artikel mereka bertajuk -"TERTIPU LAGI PENDUDUK BUKIT IBAM"maksud mereka menuduh JKKK telah menipu penduduk Bukit Ibam mengutip wang pada setiap peserta bagi tujuan memohon tanah seluas 300 ekar.

Kepada peserta-peserta ,ahli UMNO ( yang setia ) dan khususnya penduduk Bukit Ibam sekalian, selaku kami JKKK Bukit Ibam yang bertanggungjawab menjalankan tugas sudah pasti perkara kepentingan ramai diambil kira, dalam bidang pembangunan Infrustruktur , ekonomi dan sosial kampung harus diolah dengan semangat kekitaan menjuruskan kepada pembelaan dan kepentingan tadi, yang kami mempromosikan ini perancangan pembukaan tanah untuk memberi ruang dan peluang kepada mereka yang masih ketinggalan memiliki tanah dan kita tak nafikan pemimpin lalu ada berusaha seperti projek Tanah Kelompok Paya Keladi , Bukit Ibam seramai lebih 250 peserta pada tahun 1987 dengan bayaran setiap peserta perlu dibayar RM650.00 dan projek ini hingga kini menghadapi pelbagai masalah yang ditinggalkan. Pihak JKKK sesi ini lah berusaha akhirnya sudah 65 peserta mendapat geran kekal.

Disini kami ingin perjelaskan apa yang dikatakan oleh pihak PAS cawangan Bukit Ibam, ianya satu pembohongan dan dilihat ada unsur-unsur sengaja memfitnah dan cubaan untuk memecah belahkan masyarakat di Bukit Ibam dan orang ramai harus lihat dari dulu hingga kini apa pihak PAS cawangan buat ,hanya lima ( 05 ) tahun sekali mereka dan juak-juak mereka sibuk mempromosikan agenda mereka . Kita tahu mereka bersekongkol dengan ahli UMNO yang kecewa dan telah menjadi pembelot kepada parti ( UMNO ) dari PRU ke- 10 hingga kini dan juga tak dinafikan mereka ada ruang memecah belahkan ahli umno dan penduduk di Bukit Ibam masa kini. Kerana penduduk di Bukit Ibam sangat berminat dengan isu sensasi tanpa soal siasat kebenarannya.

Keadaan masa kini kita katakan ada pro dan kontra,walaubagaimana pun kami JKKK sentiasa bersedia menghadapi pelbagai senario dan taktik mereka ini, salah satu dari perang saraf bermula isu dan tindakan mereka dengan perancangan kami ini. Untuk makluman peserta pihak Pengerusi ( JKKK ) telah menjelaskan terperinci projek pemohanan tanah ini dan sudah mendapat penerangan yang jelas dan sudah faham maksud dan keputusan bersama telah dipersetujui oleh semua peserta terlibat.

Kami JKKK Bukit Ibam telah lama merancangkan dan mencari Tanah yang sesuai lebih kurang 500 ekar untuk perancangan ekonomi kepada penduduk khususnya kepada mereka yang peringkat muda dan yang pencen untuk pembangunan ekonomi jangka panjang kepada mereka.
kami telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan yang diberi tanggungjawab kepada 10 ahli jawatankuasa ,terdiri dari JKKK, AJK UMNO Cawangan dan wakil peserta.

Kami perjelaskan apa yang difitnahkan oleh mereka yang sengaja mengujudkan keresahan kepada peserta dan penduduk yang sekian lama sudah fobia ,apabila hal-hal tanah. Dan mereka ini memang cuba mengagalkan projek ini supaya tidak berjaya dengan niat untuk mengisukan keburukan JKKK khususnya Pengerusi kami ( Zamri ). Kami jelaskan perkara sebenar kedudukan kewangan yang berbayar RM 200.00 setiap peserta seramai 80 orang;-

1. Kami telah membuka Akaun di MAYBANK Berhad .caw.Maudzam Shah.Jawatankuasa telah
bersetuju dua ( 02 ) iaitu Setiausaha dan Bendahari diberi amanah dan tanggungjawab mengendalikan kewangan tersebut. Dan sentiasa dipantau atau setiap keputusan kewangan akan diputuskan dalam mesyuarat. Dan juga , telah melantik dua ( 02 ) Juru Audit Dalaman dari kalangan peserta yang layak ,dimana pada setiap dua ( 02 ) bulan / pada setiap perjumpaan juru audit dalaman akan membuat semakkan terlebih dulu sebelum dikeluarkan penyata aliran tunai. Dan penyata akan diedarkan kepada setiap peserta untuk mengetahui aliran kewangan .

2. Mengapa RM200.00 setiap peserta. Selain RM25.00 wajib untuk pendaftaran di Pejabat
Tanah Daerah . Selebihnya untuk perbelanjaan urusan pentadbiran dan setiap pemohonan
kita perlu membuat semakkan dan kedudukkan kontor pelan tanah ,pengukuran perlu dibuat
dan pihak kami telah buat bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka se-
belum pemohonan dibuat. Kebiasaannya setiap peserta perlu membayar lebih dari ini.contoh
nya Projek Tanah Kelompok Paya Keladi RM650.00 dan projek tanah kelompok Kg.Aur baru
ini lebih dari RM 400.00 dikenakan.Manakala pemohonan tanah di Muadzam Shah RM 1,000
lebih dikenakan. Kami hanya kenakan RM 200.00 atas persetujuan peserta..? sudah riuh.

3. Memanglah di Pejabat Tanah Daerah , tiada terdapat borang di hantar kerana peringkat kami
masih dalam kemaskini borang dan pelan kontor yang ada untuk tidak memberi apa-apa
masalah akan datang. mengikut pengalamai kami.


Perkara ini lah yang kami ambil kira terlebih dahulu, tapi pihak PAS cawangan Bukit Ibam ber-
sama mereka yang kecewa dan sentiasa irihati, mereka ini pernah menjadi pemimpin yang tiada
kebolehan visi dan misinya ,malah ditolak oleh mejoriti ahli parti ( UMNO) dan penduduk sudah
kenal sifat dan iradhatnya.Yang kami kesal kepada pihak Penguatkuasa TanahDaerah ,sepatutnya mereka apabila menerima satu -satu aduan perihal tanah dimana-mana kampung ,walaupun melibatkan JKKK itu sepatutnya dirujuk kepada kami apa perkara benar atau tidak.

Pembohongan ini dan fitnah segaja disebarkan oleh mereka untuk menjatuhkan seseorang dengan niat . Berbalik kepada isu ini ,kami juga boleh mempertikaikan dan menjawab kepada
mereka itu yang ada terlibat dengan hal-hal tanah dan isu-isu penipuan di Bukit Ibam.contohnya
seperti berikut;-

1. Kemana wang baki RM 100,000.00K .Projek Tanah Kelompok Paya Keladi, Bukit Ibam
tiada penyata,ramai tidak bertanah tetapi berbayar RM650.00. Kita masih ada penyata
yang berbaki...tapi.

2. ....AKAN SAMBUNG LAGI.OK.