JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Ahad, 23 Mei 2010

Sukan Tahunan SK Bukit Ibam Kali-16 & Sempena Sambutan Jubli Perak






Salam sejahtera..
Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNya maka kejohanan sukan kali 16 ini telah berjaya dengan jitunya..Disamping sambutan sempena Jubli Perak pada tahun ini dan juga perpisahan Tn.Hj.Shamsuddin. Ucapan terimakasih kepada Tn. Hj. yang sudi meluangkan masa beliau untuk hadir sama ke majlis kejohanan sukan tahunan SK Bukit Ibam serta merasmikan penutupan sukan tersebut, mengiringi beliau adalah Guru Besar yang baru En. Rashid bin Harun yang akan mengurus tadbir SK Bukit Ibam seterusnya..

Pada temasya sukan kali ini kategori rumah tercantik telah dinobatkan kepada rumah Hijau yang mana telah berjaya membawa pulang wang tunai RM200,Piala Pusingan serta seekor kambing..
Tidak dinafikan dengan kerjasama para guru serta ibubapa yang bertungkus-lumus menghiasi rumah masing-masing serta semangat kerjasama diantara golongan pendidik dan ibu bapa telah membuahkan hasil. Tahniah diucapkan...
Kepada yang lain, temasya sukan akan datang harus kita pertingkatkan bersama agar kejayaan menjadi milik yang berusaha..dengan ikhlas,tekun dan juga semangat kerjasama semua..

Diadakan juga acara sampingan bagi ibubapa & Belia, iaitu Rakit Darat (L) /(P),50meter (P)berkain Batik,100meter Kain Pelekat(L),4x100meter (Belia Lelaki ),Tarik Tali (L/P),peserta telah dibahagikan kepada empat zon mengikut warna rumah sukan disamping acara wajib bagi pelajar pelajar sekolah.

Walaubagaimanapun kejohanan tersebut telah berlangsung dengan meriahnya,terima kasih kepada pihak PIBG SK Bukit Ibam yang telah mengelolakan temasya sukan serta kerjasama antara guru dan ibu bapa.

Tiada ulasan: