JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 30 Disember 2011

Hidroponik Course..







Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...
Salam tahun 2012....

Pada 28 Disember 2011 bertempat di perkarangan pejabat JKKK Bukit Ibam telah dilangsungkan satu program yang telah memberikan kemenafaatan kepada warga yang menghadirinya iaitu satu kursus Hidroponik ...
Kepada warga yang menghadiri program tersebut diharapkan semoga dapat memberi impak positif terhadap kelangsungan ekonomi kehidupan setempat begitu jua kesihatan dari segi pemakanan .
Diharapkan lebih kerapkali dapat diadakan program-program sebegini ..syabas kepada pihak yang bekerja keras di sebalik acara sebegini

Rabu, 7 Disember 2011

Kerja naiktaraf longkang




Salam...
Naiktaraf longkang sedang giat dijalankan bagi menangani permasalahan yang mungkin timbul dikala musim tengkujuh ini..
terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Rompin yang perihatin terhadap persekitaran terutamanya di Bukit Ibam..



Sabtu, 3 Disember 2011

{Program bersama KEMAS Rompin 2011}




Selamat bergotong royong di masjid serta bersukan di padang dan malam mendengar ceramah agama di masjid oleh Ybhg Ustaz Mahmud mat...jemput hadir...semua.
Di mana pada waktu petang tadi telah dijalankan acara Futsal yang dibahagikan kepada tiga (03) kategori iaitu bawah 12tahun ,Belia dan veteran manakala bola jaring empat (04 ) zon dipertandingkan.

Terimakasih kepada pihak KEMAS Rompin yang telah menganjur program ini, terimakasih kepada Ust.Marzuki wakil KEMAS serta kakitangannya.Warga Bukit Ibam juga amat berterimakasih atas kehadiran Ybhg Al-Fadhil Tn. Hj.Mahmud Mat yang sudi meluangkan masa berkunjung ke Masjid Bukit Ibam yang mana suara beliau senantiasa berkumandang dicorong-corong radio menyampaikan ceramahnya.

Tidak dilupakan juga kepada YB ADUN Bukit Ibam Dato'. Hj.Mohamad Safri bin Abdul Aziz yang dapat hadir bagi sesi Perasmian Penutup seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara yang dipertandingkan..

Terimaksih daun keladi...




Sabtu, 20 Ogos 2011

Bubur lambuk Zon Gangsa

Salam sejahtera...
Salam 1Malaysia...
Salam Ramadhan...




Kali ini Zon Gangsa telah diamanahkan untuk melaksanakan "Program Kacau Bubur lambuk" bertempat di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam..

Bagi pengetahuan semua pada minggu hadapan bertarikh 24 Ogos 2011,Zon Timah pula akan mengambil alih tugasan melaksanakan kacau bubur lambuk bagi minggu terakhir sebelum kita semua akan menyambut Aidil Fitri 1432H yang bakal menjelang..

Sepertimana pada minggu-minggu yang lepas..bubur lambuk ini akan diagihkan kepada penduduk.

Aktiviti ini dijalankan dengan komitmen jujur dari setiap penghuni zon yang berkenaan.Unsur kemuafakatan serbagini mesti dan sentiasa akan dipraktikkan saban masa.Masing-masing sedia mengetahui tugasan yang perlu dilakukan .

Khamis, 18 Ogos 2011

Mesyuarat Khas Kali 3 ..
















Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...
Salam Ramadhan...

Alhamdulillah Pihak JKKK Bukit Ibam telah dapat mengadakan mesyuarat khas kali 3 pada 18hb Ogos 2011 jam :10.malam bertempat di pejabat JKKK .

Agenda perkara menbincangkan majlis pada 27 Ogos 2011 iaitu Majlis Tahlil & Berbuka Puasa bersama YB.ADUN Bukit Ibam ..InsyaAllah.

Tahlil tersebut juga kepada arwah HJ. MOHD ADON BIN AHMAD yang telah pulang kerahmatullah pada pertama Ramadan 1432H,bekas pengerusi Jkkk Bukit Ibam yang telah menerajui pengurusan Jkkk dari tahun 2003 sehingga 2005.

Terima kasih yang teramat kepada YM Tengku Sri Lela Manja atas sumbangan lembu bagi menjayakan program tersebut.

Ahad, 14 Ogos 2011

kacau bubur lambuk & Sumbangan kepada Ibu tunggal 14 Ramadhan 1432H


Salam sejahtera...
Salam 1 Malaysia...
salam Ramadhan Al-Mubarak...

Alhamdulillah dengan izinNya maka program bubur lambuk kali ke 2 telah berjalan dengan lancar yang mana kali ini zon Intan telah diamanahkan untuk melaksanakan program tersebut.



Bagi zon Intan pula yang melaksanakan program bubur lambuk ini berterimakasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak bagi memastikan perlaksanaan program bubur lambuk ini berjalan dengan sempurna..



Disamping itu juga disampaikan sumbangan peribadi dari saudara Othman bin Abdul Ghafar kepada ibu tunggal Bukit Ibam , terimakasih diucapkan kepada saudara Othman yang telah bermurah hati menyumbangkan pakaian solat wanita kepada ibu tunggal.

Pada hujung minggu ini zon Gangsa pula akan melaksanakan "Kacau Bubur Lambuk..."
Kerjasama dari semua pihak amatlah disanjungi semoga Allah S.W.T jua..lah yang membalasnya

Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Al-mubarak.

Khamis, 19 Mei 2011

Bekas Guru SK Bukit Ibam..



Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Salah seorang bekas guru yang cukup berdedikasi ,pernah mengajar di SK Bukit Ibam disekitar awal tahun 80an serta pernah menjadi guru ambe sewaktu di SK Bukit Ibam dan sekarang berjawatan sebagai Guru Besar SK Buluh Nipis iaitu En Alias bin Musa yang mana baru-baru ini telah menjalani rawatan selama dua bulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan ,Kuantan.Beliau menjalani rawatan serta pembedahan kebocoran saluran usus .
Alhamdulillah segalanya telah pulih seperti sedia kala serta kesihatan beliau bertambah baik dan telah dibenarkan pulang pada 25hb April yang lalu.Juga berkat doa dari bekas - bekas anak murid ,rakan taulan yang mendoakan kan agar kesihatan beliau pulih seperti sediakala.
Kami dari JKKK Bukit Ibam juga mendoakan agar beliau kembali untuk mendidik anak - anak yang perlukan bimbingan dari seorang guru yang mesra murid dan mesra penduduk ini.
Moga kesemua bekas-bekas anak murid beliau akan menjadi insan yang berguna kepada Agama Bangsa dan Negara.. SELAMAT HARI GURU....
Sekian terima Kasih..

Isnin, 9 Mei 2011

Takziah..


Selamat sejahtera
Salam Satu Malaysia

Ucapan takziah kepada Keluarga En.Ramli b Hussin ( Penyelaras DUN BUKIT IBAM )
yang telah kembali kerahmatullah pada 9hb.Mei 2011.


Ahad, 27 Mac 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Siri 01/2011


Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia....
Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati..begitulah ketetapan dari Allah S.W.T. kepada setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi ini...


Maka dari kesinambungan itulah, pihak Jawatankuasa Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam bersama Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah serta juga pihak JKKK Bukit Ibam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah siri 01/2011, bertempat di Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.


Alhamdulillah peryertaan dikalangan penduduk setempat agak memberansangkan yang mana kehadiran peserta seramai 130 orang pada kursus tersebut yang mana melebihi jangkauan sasaran pihak jawatankuasa.

Ceramah serta juga tunjuk ajar telah disampaikan oleh Ust.Ramly bin Yunus dari PAID Muadzam Shah bersama orang yang sentiasa membantu beliau iaitu saudara Wan Talib bin Wan Bakar.
Moga - Moga pada siri kursus akan datang sambutan pembelajaran ilmu seperti ini lebih menggalakan dari kalangan peserta serta ALLAH S.W.T jualah yang memberkatinya..

Selasa, 15 Mac 2011

Bengkel Pengurusan Jenazah 2011


AHLIJAWATANKUASA & PEGAWAI MASJID

AL-NADHAH BUKIT IBAM ,26700,BUKIT IBAM,

MUADZAM SHAH,PAHANG DARULMAKMUR.

dengan kerjasama

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH MUADZAM SHAH

& JKKK BUKIT IBAM .

akan Mengadakan

" BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2011"

TARIKH : 26HB MAC 2011 / 21 RABIUL AWAL 1432H.

TEMPAT : MASJID AL-NAHDHAH BUKIT IBAM.

Tentatif :-

08.30pagi - 10.00pagi - Taklimat Pengurusan Jenazah.

10.00pagi - 10.30pagi - Rehat

10.30pagi - 01.00 tghri - Amali Pengurusan Jenazah

01.00tghri - 01.30tghri - Solat Zohor Berjemaah.


Pendaftaran sila Hubungi :-

Ust Zamri bin Abdul Majid- No Tel: 013 9935 161

( Imam Masjid Bukit Ibam )






Selasa, 15 Februari 2011

Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka nasheed with translation


Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia
1 Malaysia 1 Ummah...
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua muslimin dan muslimat.

Jumaat, 11 Februari 2011

Maulidul Rasul 1432H






Salam sejahtera..
Salam 1 malaysia
Salam 1 Ummah..

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Rabu, 2 Februari 2011

Lawatan KDYMM Sultan Pahang

Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia...

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap diAmpun..
KDYMM Sultan Pahang telah mencemar duli berangkat ke Pusat Penempatan sementara Bandar Tun Razak,Keratong untuk melawat mangsa banjir yang telah dipindahkan dari kg Bukit Serok .Baginda memang sesungguhnya seorang Raja yang begitu perihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada rakyatnya .
Ketibaan Baginda disambut oleh setiap rakyat jelata yang hadir diperkarangan Dewan BTAR seawal jam 8.00pagi lagi.Baginda juga menemubual mangsa-mangsa banjir serta memastikan segala keperluan terhadap mangsa mencukupi,termasuklah dari segi keselesaan dan juga keperluan makanan .Setakat hari ini sejumlah 81 keluarga dari penempatan Kg Bukit Serok telah dipindahkan yang melibatkan 148 lelaki dewasa dan150 perempuan dewasa manakala kanak-kanak perempuan berjumlah 62 orang,kanak-kanak lelaki 78 orang serta 4 orang bayi.

Bagi setiap rakyat jelata yang hadir dan mangsa banjir yang terlibat amat terharu dengan keperihatinan baginda sultan yang sanggup mencemar duli turun berangkat ke Penempatan Sementara di BTAR ini.

Baginda juga telah mencemar duli bagi memastikan setiap makanan yang disediakan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut adalah yang terbaik untuk hidangan.


Terimakasih tidak terhingga juga diucapkan kepada setiap agensi-agensi kerajaan seperti PDRM,BOMBA,PGA,KKM,TENTERA DIRAJA,JBA,MDR,RELA,JKM ROMPIN,Pejabat Daerah Rompin,serta setiap warga yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menangani bencana ini.


Selasa, 1 Februari 2011

Banjir...Melanda..

Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia...

Oleh kerana sekarang ini keadaan banjir telah melanda,maka dengan itu...sikap berhati-hati terutamanya terhadap kanak-kanak serta barangan peribadi yang penting mesti diutamakan..
Sama-samalah kita menghulurkan bantuan yang termampu.