JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Selasa, 15 Februari 2011

Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka nasheed with translation


Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia
1 Malaysia 1 Ummah...
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua muslimin dan muslimat.

Jumaat, 11 Februari 2011

Maulidul Rasul 1432H






Salam sejahtera..
Salam 1 malaysia
Salam 1 Ummah..

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Rabu, 2 Februari 2011

Lawatan KDYMM Sultan Pahang

Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia...

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap diAmpun..
KDYMM Sultan Pahang telah mencemar duli berangkat ke Pusat Penempatan sementara Bandar Tun Razak,Keratong untuk melawat mangsa banjir yang telah dipindahkan dari kg Bukit Serok .Baginda memang sesungguhnya seorang Raja yang begitu perihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada rakyatnya .
Ketibaan Baginda disambut oleh setiap rakyat jelata yang hadir diperkarangan Dewan BTAR seawal jam 8.00pagi lagi.Baginda juga menemubual mangsa-mangsa banjir serta memastikan segala keperluan terhadap mangsa mencukupi,termasuklah dari segi keselesaan dan juga keperluan makanan .Setakat hari ini sejumlah 81 keluarga dari penempatan Kg Bukit Serok telah dipindahkan yang melibatkan 148 lelaki dewasa dan150 perempuan dewasa manakala kanak-kanak perempuan berjumlah 62 orang,kanak-kanak lelaki 78 orang serta 4 orang bayi.

Bagi setiap rakyat jelata yang hadir dan mangsa banjir yang terlibat amat terharu dengan keperihatinan baginda sultan yang sanggup mencemar duli turun berangkat ke Penempatan Sementara di BTAR ini.

Baginda juga telah mencemar duli bagi memastikan setiap makanan yang disediakan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut adalah yang terbaik untuk hidangan.


Terimakasih tidak terhingga juga diucapkan kepada setiap agensi-agensi kerajaan seperti PDRM,BOMBA,PGA,KKM,TENTERA DIRAJA,JBA,MDR,RELA,JKM ROMPIN,Pejabat Daerah Rompin,serta setiap warga yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menangani bencana ini.


Selasa, 1 Februari 2011

Banjir...Melanda..

Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia...

Oleh kerana sekarang ini keadaan banjir telah melanda,maka dengan itu...sikap berhati-hati terutamanya terhadap kanak-kanak serta barangan peribadi yang penting mesti diutamakan..
Sama-samalah kita menghulurkan bantuan yang termampu.