JKKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Hari Kebangsaan 2017

Rabu, 8 Februari 2012

Dimalam Sambutan Kunjungan warga SD Kabupaten Karimun Kepri Riau ke Bukit Ibam








Salam Sejahtera...
Salam 1 Rumpun..

Syukur alhamdulillah... dengan izin Allah S.W.T jua maka majlis yang dirancangkan bagi menyambut ketibaan rombongan Warga SD Kabupaten Karimun dapat berjalan dengan lancarnya..

Kunjungan warga SD tersebut telah disambut dengan paluan kompang turut sama kaum wanita dengan bunga manggar serta bunga rampai.Sejurus itu rombongan dipersembahkan pertunjukkan silat dikalangan belia dan beliawanis Bukit ibam.

Sambil tetamu menikmati jamuan makan malam,acara tarian telah dipertontonkan buat julung-julung kalinya persembahan tersebut disertai oleh kaum Ibu Bukit Ibam,syabas kepada kaum ibu khasnya Wanita Bukit Ibam yang telah bertungkus lumus berlatih bagi memastikan persembahan dapat berjalan dengan lancar..
Diharapkan silahtulrahim antara sesama rumpun kian terjalin erat..begitu juga dikalangan warga pendidik.
Terimakasih juga kepada YB ADUN Bukit Ibam Dato'Hj.Mohamad Sahfri bin Abd Aziz yang dapat bersama memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.
Akhir kata ucapan terimakasih kepada semua yang telah berpenat lelah bergotong royong dalam persediaan sambutan ini agar berjalan dengan baik.terimakasih sekali lagi..


Selasa, 7 Februari 2012

SELAMAT DATANG




Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Salam Ziarah...
Selamat Datang sekali lagi ,kepada warga SD Kebupaten Karimun Kepri,Indonesia yang sudi mengunjungi Bukit Ibam,Pahang DarulMakmur.Semoga kehadiran warga SD Kabupaten dapat mengeratkan lagi silatullrahim antara 2 negara di bawah satu rumpun yang telah tersedia terjalin diperingkat negara namun kini ianya lebih menjuruskan lawatan pendidikan di mana kehadiran guru-guru dari kepulauan Riau bersama para pegawai pendidikannya.

Bagi pihak JKKK Bukit Ibam amat berbesar hati dengan kehadiran Warga SD dan diharapkan ianya akan akan mengabadikan suatu kenangan yang manis bagi kita semua.