JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Selasa, 4 September 2012

Menuju ke Seri Perdana ( "KEKAL DIHATI")

Pengerusi Masjid sedang menunggu peserta  yang terlewat..





Salam 1 Malaysia...Salam Merdeka...Salam Ziarah...
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T  kerana telah memberi kesempatan kepada kami bagi lawatan ke Seri Perdana,Putrajaya pada 03hb September 2012(Isnin) bersamaan 16 Syawal 1433H.  Lawatan pertama kami adalah Masjid Tuanku Muhriz di bandar Serting Negeri Sembilan. dimana masing-masing ingin melepaskan hajat yang dibawa sejak dari pg td..



Menyempurnakan hajat yang terpendam..


Tiba di Kelab Tasik Putrajaya...
  Kedatangan kami telah disambut oleh En. Arman selaku pegawai pengiring yang telah mengiringi kami sepanjang lawatan tersebut yang mana agenda pertama adalah menuju ke Kelab Tasik Putrajaya bagi makan tengahari.
Jamuan makan tengahari
 Syukur dan berbanyak terimakasih atas layanan serta kemesraan dari pegawai pengiring.Selepas makan tengahari ,kami dibawa pula ke Seri Perdana hajat kami untuk berjumpa dengan Perdana Menteri tercinta bagi menyerahkan cenderahati( ' KeKal DiHati ') dari pihak kami selaku wakil dari Penduduk Bukit Ibam namun kami dimaklumkan Y.A.B. Dato'Seri Utama Hj.Mohammad Najib bin Tun Hj.Abdul Razak mempunyai jadual yang begitu ketat.
Putrajaya.
 Kekecewaan dihati kami terubat jua apabila kehadiran En. Azhar bersama En.Johari S/U Sulit kepada Y.B Dato'Dr Seri Jamaluddin bin Jarjis membawa kami ke kediaman Y.A.B Perdana Menteri di Seri Perdana.
Kesempatan solat di Masjid Putrajaya
 Namun Begitu pihak kami amat rasa bertuah kerana di izinkan untuk melawat di sekita kediaman rasmi pemimpin no 1 negara Malaysia dan terima kasih jua kepada En. Amirul Setiausaha Politik  yang melayani kerenah rombongan kami ini.
 Ahli Rombongan che liah....
 Akhir kata terima kasih daun keladi ..ada masa kami datang lagi..
ahli rombongan Pok Mir.

Untuk makluman program penyerahan cenderahati('Kekal diHati ') ini telah dirancangkan oleh pihak Pegawai Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam dengan kerjasama Ketua Umno Bahagian Rompin ,Ketua Pemuda Umno Rompin,JKKK Bukit Ibam serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.





Terima kasih....











Terimakasih kepada staff   Seri Perdana yang cekal melayani kerenah kami.

Terima kasih kepada En. Amirul dan En. Azhar atas kerjasama yang diberikan.









Tiada ulasan: