JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sabtu, 1 Disember 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012



Tiba di MAHA 2012














Salam Sejahtera...
salam 1Malaysia....
Rombongan sekampung ke Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.


Agrobazaar@MAHA International 2012 menyediakan pusat  setempat khusus untuk 
aktiviti promosi dan jualan produk keluaran usahawan PKS tempatan. Justeru itu, ianya 
merupakan satu platform pemasaran bagi membuka peluang yang lebih luas kepada 
golongan pengusaha PKS  yang terlibat secara langsung di dalam sektor pertanian dan 
Industri Asas Tani untuk mempromosi dan mengembangkan lagi  jalinan kerjasama 
perniagaan dengan para pengeluar serta pedagang dari dalam dan luar Negara




Sekampung datang melawat



naik Tram...untuk ronda di MAHA












Lebih 600 Ribu Kunjungi MAHA 2012 Dalam Tempoh Dua Hari 
SERDANG, 

Pameran Antarabangsa 
Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 
Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo 
Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini 
setakat ini mencatat lebih 600,000 
pengunjung dalam tempoh dua hari. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin berkata sambutan yang 
amat baik itu menunjukkan minat rakyat 
Malaysia terhadap industri pertanian dan asas 
tani adalah amat besar termasuk dalam 
kalangan generasi muda. 
"Usaha kita sekarang untuk memodenkan sektor pertanian dan dari apa yang saya saksikan tadi, 
baik dari pameran sektor awam dan sektor swasta, penggunaan teknologi semakin hari semakin 
bertambah meluas. 
"Kita mahu sektor pertanian menjadi sektor yang boleh menambah nilai menerusi penggunaan 
teknologi baharu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pameran itu. 
Muhyiddin berkata menerusi tabung teknologi di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan 
Pertanian Malaysia (Mardi) sebanyak RM200 juta telah digunakan sepenuhnya menghasilkan 
produk nilai tambah yang besar daripada bahan-bahan berasaskan pertanian dan produk buangan, 
sekaligus menjana kekayaan baharu. 
Beliau berkata sehingga kini lebih RM7.5 bilion nilai tambah dihasilkan di bawah Bidang 
Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian, suatu peningkatan yang lebih besar berbanding 
tahun lepas. 
"Sektor pertanian di Malaysia harus dipertahan dan diperluas skopnya termasuk bidang yang 
berkaitan tanaman, ternakan dan perikanan. Kita mahu menggalakkan anak-anak muda kita 
menggunakan teknologi dan terlibat dalam program pertanian," katanya. 
Bagi menarik perhatian golongan muda menceburi bidang pertanian, Muhyiddin berkata ia boleh 
dilakukan melalui penggunaan teknologi canggih dan moden yang boleh dipelajari menerusi 
sistem pendidikan dan latihan pertanian. 
Beliau berkata golongan muda akan tertarik sekiranya pendapatan daripada sektor itu jauh lebih 
besar dari apa yang boleh mereka peroleh bekerja dengan syarikat-syarikat swasta. 
"Sebab itu pentingnya kita bantu mereka. Ada pelbagai bentuk tabungan, latihan, tempat mereka 
boleh mengusahakan pertanian, boleh terlibat dalam pemprosesan bidang pertanian, kalau itu 
boleh kita galakkan, maka mereka boleh terus berminat," katanya.




Tiada ulasan: