JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Selasa, 18 Disember 2012

Reunion SKBI All Batch 1st Ever 2012



Juridah bt Abdul Mubin,
No 39, Jalan Ramal Ros 1,
Taman Ramal Ros,
Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.


Guru Besar,
SK Bukit Ibam,
Jalan Intan, Muadzam,
Pahang Darul Makmur.                              13DISEMBER2012                                                                                                      

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN DAN ALATAN SIARAYA
Dengan hormatnya perkara  di atas dirujuki.
2.            Sehubungan itu, saya bagi pihak bekas pelajar-pelajar SKBI ingin menggunakan dewan serta peralatan siaraya tersebut bagi mengadakan majlis pertemuan (reunion) untuk pelajar-pelajar SKBI yang pernah menuntut  di SKBI suatu ketika dahulu.
3.            Tujuan majlis ini adalah untuk mempertemukan semula bekas  pelajar-pelajar dengan bekas-bekas guru serta untuk mengimbau kembali nostalgia semasa menjadi warga SKBI di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin selama ini.
4.            Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:
                Majlis                    :  “Kenangan Bertaut, Kasihmu Ku Turut”
                Tarikh                    :   25 Disember 2012 (Selasa)
                Masa                     :   10.00 pagi – 4.00 petang.


Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terim kasih.

Sekian, terima kasih.

(JURIDAH BT ABDUL MUBIN)
 013-692 3004

DI JEMPUT KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM YANG BERKELAPANGAN UNTUK HADIR SAMA .SERTA MOHON KEPADA YANG HADIR BAGI MEMBAWA SAMA KENANGAN LALU.. Sekian terima kasih...daun keladi...

Tiada ulasan: