JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sabtu, 11 Ogos 2012

Ramadhan Al-Mubarak/Aidil Fitri 1433H Dan Merdeka kali-55


Salam 1Malaysia..
Salam Ramadhan Al-Mubarak.....
Serta Salam Aidil Fitri 1433H...

       Lailatul Qadar kini kembali....Aidil Fitri juga dinanti...kepada semua umah muslimin dan muslimah sama-samalah kita meneliti keberkatan Lailatul Qadar dan moga Aidil Fitri kita kali ini diberkati sepenuhnya..oleh Allah S.W.T.
    Dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini berbagai perlaksanaan majlis banyak dilakukan disana-sini tidak kurang juga di tempat kami...bagi golongan yang kurang bernasib baik bulan Ramadhan  ini jua memberikan  kerahmatan kepada individu berkenaan serta sumbangan yang dilakukan oleh berbagai pihak ucapan ribuan terimakasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka individu & (badan-badan kerajaan serta NGO) yang sentiasa mengingati bahawa adalagi hamba Allah yang perlu diberikan bantuan /sumbangan  dan  pada  kehadiran setiap kali Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelma moga ianya dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh golongan yang memerlukan..
       Selepas Ramadhan ini sudah pasti kemeriahan AidilFiltri akan di serikan dengan rumah terbuka di sana-sini..yang pastinya golongan kurang bernasib baik ini sentiasa diingati Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T yang mengurniakan tanah tumpah darah yang sentiasa aman makmur begitu penduduknya yang sentiasa perihatin sesama manusia..Iktibar kita kepada tempat lain yang mana keterlihatan penduduknya serta negaranya yang sentiasa bergolak...dan mohon kepada yang Allah S.W.T agar sentiasa memelihara bumi Malaysia dari sebarang bencana ...

Selamat Adilfiltri 1433H..kepada semua.rakyat Malaysia