JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sabtu, 28 September 2013

Program I Want Sihat Peringkat Bukit Ibam 2013

Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia..
Salam Malaysia Sihat...

Bertempat di Padang Awam Bukit Ibam telah dilangsungkan " Program I Want Sihat" anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Rompin/Panel Penasihat Klinik Bukit Ibam bersama JKKK Bukit Ibam pada tarikh 28 september 2013( Sabtu ) yang telah dirasmikan oleh  ADUN Bukit Ibam, Yang Berhormat Dato' Wan  Kadri bin Wan Mahussin.,DIMP.
Di mana pada jam 8.00 pagi acara dimulakan dengan Regangan Otot seterusnya YB ADUN bersama peserta  telah memulakan perjalanan 10,000 langkah mengelilingi kawasan penempatan Bukit Ibam.
Kem kesihatan I Want Sihat merupakan satu program mensasarkan kepada komuniti dengan matlamat menyampaikan mesej serta kemahiran berkaitan cara hidup sihat,salah serta kesan jangka panjang  kem ini dapat membantu menurunkan prevelan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi,diabetes,strok dan lain-lain,

Dalam rogram ini juga diadakan pemeriksaan percuma kepada pengunjung yang datang,pemeriksaan BMI,Gula dalam Badan serta Bacaan Tekanan Darah.
Pihak JKKK Bukit Ibam amat berterimakasih atas kesudian YB ADUN  Bukit Ibam untuk meluangkan masa adalam aktiviti yang telah dianjurkan ini.
Kami juga amat berterimakasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Rompin yang telah menganjurkan program ini di Bukit Ibam.
Terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan misi ini...terimakasih daun keladi.




Isnin, 9 September 2013

Gotong Royong Di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam

Pemuda bersama warga yang lebih tua saling membantu dalam gotong royong tersebut.
Salam 1Malaysia.
Salam sejahtera...
Pada hari Ahad 08 September bertempat di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam satu kerja amal dilaksanakan dimana pemuda belia bersama warga AJK Masjid bertungkus lumus dalam gotong royong yang dijalankan.
Terimakasih kepada pemuda yang sanggup menghadirkan diri membantu dalam aktiviti yang mulia ini.Andaikata dikesempatan lain maka golongan ini jua lah yang bersedia membantu terimakasih sekali lagi.

Selepas bekerja tiba pula waktu makan...
TERIMAKASIH DAUN KELADI

Jumaat, 6 September 2013

Alhamdulillah Menjadi Tetamu Allah..

Pengerusi Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam En. Mohtar Ahmad  menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JKKK En. Md Zamri b. Budin dalam satu majlis Doa Selamatkepada bakal-bakal haji  pada 29 Ogos baru - baru ini.

Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia...

         Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T dimana pada tahun ini Pengerusi JKKK Bukit Ibam En. Md Zamri bin Budin akan berlepas ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam ke lima pada 08 September 2013,yang mana beliau akan ke Kuala Lumpur pada 06 Sept 2013..keberangkatan beliau ke kota Mekah akan sentiasa diiringi doa dari kami  Jawatankuasa serta warga Bukit Ibam amnya.Kami mengharapkan beliau beroleh keselamatan sepanjang perjalanan pergi,sepanjang masa juga  berada di Bumi Mekah & Madinah serta keselamatan semasa kepulangan ke tanah air nanti,kami juga mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan Ibadah Haji.

Semoga suatu hari nanti kita pula akan menjadi Tetamu Allah S.W.T In sha Allah.

Tok4 Zamri bersama isterinya kak Latipah  serta Ajk Wanita Bukit Ibam