JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Ahad, 29 November 2015

Sunathon 2015

Anjuran PIBG SK.Bukit Ibam bersama JKKK dan Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam
Terima kasih kepada pihak Bomba Muadzam Shah yang turut menjayakan sunathon 2015.
Tok4 bersama jawatankuasa  PIBG menyiram peserta khatan
Antara peserta  khatan serta lebih menarik lagi disertai seorang kanak-kanak istimewa.

Sabtu, 28 November 2015

Meraikan peserta berkhatan 2015

Majlis bunga rampai dan menepung tawar peserta sebelum berkhatan

Cuti sekolah

Seramai 25 orang peserta akan menyertai program tersebut yang akan berlangsung pada 29 November ini.
Majlis anjuran PIBG Sk.Bukit Ibam dengan kerjasam JKKK dan Pihak Pengurusan Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam.

Khamis, 19 November 2015

Hari kecemerlangan pelajar Sk Bukit Ibam dan Meraikan Persaraan Guru Besar

Hari kecemerlangan pelajar SK Bukit Ibam serta meraikan persaraan Guru Besar Sk Bukit Ibam Pn. Ruziah Ajib.
Tahniah kepada guru-guru serta ibu bapa pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan 5A baru baru ini.

Jumaat, 13 November 2015

ADS1M Peringkat Negeri Pahang 2015

Tahniah kepada JKKK Bukit Ibam yang berada dikedudukan ketiga Anugerah Desa Sejahtera  1 Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2015,penyampaian  hadiah disampaikan oleh YB.Dato Sri Diraja Menteri Besar Pahang di Zenith Hotel pada 13 Nov.2015










Rabu, 11 November 2015

Skuad Cilik Muda Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam

Bersama anak-anak cilik Bukit Ibam dalam kerja sosial gotong royong di masjid Bukit Ibam

Sabtu, 7 November 2015

JUARA FUTSAL

Terimakasih kepada pasukan Futsal kaum masyarakat Orang Asli yang telah menjuarai kejohanan futsal baru baru ini.
Sekalung tahniah juga kepada mereka sekali lagi.

Ahad, 1 November 2015

Selamat menduduki Peperiksaan.2015

Semoga memperolehi keputusan yang cemerlang