JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sabtu, 23 Januari 2016

Majlis Bersama Pemimpin.

Fokus kepada isu penyelesaian Lot Reminder Aset DARA bersama YB Dato Haji Hassan Ariffin bersama Y.Bhg.Dato Sallehuddin b. SHAK,JKPTG Putrajaya dan pegawai,Y.Bhg.Dato Fadzillah Pegawai Daerah Rompin serta kakitangan yang  hadir..
Semoga penantian sekian lama penduduk Bukit Ibam berkenaan lot rumah akan terjawab serta penyelesaian mengenai isu tersebut dapat dilaksanakan sepertimana yang dimaklumkan secara lisan oleh Ketua Pengarah JKPTG Persekutuan Y.Bhg Dato Sallehudin bin Ishak pada pertemuan bersama penduduk Bukit Ibam in sha Allah.

Isnin, 18 Januari 2016

Kursus Asas Eko Pelancongan

Kursus Asas Eko Pelancongan - Peluang Kerjaya dan Perniagaan
Tarikh: 30-31Jan 2016
Tempat: Lanjut Resort Rompin
Daftar : 30/1 sebelum jam 10.00 pg di Lobby Lanjut Resort
Tamat : jam 4.00 pd 31/1/16
Diantara kandungan kursus :
●memahami apa itu eko pelancongan ( pelancongan berasas Alam sekitar)
●kerjaya sebagai Pemandu Pelancongan dan lain lain pekerjaan
●perniagaan perniagaan dalam eko pelancongan
●mengenali produk eko pelancongan diRompin & menjadikan Rompin destinasi utama
● mengenali aktiviti memburung ( birding )

🐤Kursus menyediakan tempat penginapan , makan minum dan keperluan keperluan kursus .
🐤Kursus adalah percuma hanya semasa pendaftaran perlu bayaran Rm20/-  utk sumbangan kpd Persatuan  Burung & Alam Semulajadi Rompin
🐤Sebanyak seratus tempat disediakan . Seramai 40 orang yang berminat akan dipilih untuk mengikuti Kursus Pemandu Pelancong utk mendapat lesen dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di Pusat Biodiversiti , Bk Rengit , Lanchang , Temerloh pada 13- 21hb Jan 2016
🐤Edaran ini ditujukan kpd pemimpin pemimpin masyarakat dan rakan rakan untuk disebarkan seluas mungkin mengenai peluang keemasan ini . Sila hantar nama bersama nama tempat pemohon dan no kad pengenalan . Tarikh tutup permohonan 23/01/16
🐤peserta dibuka kpd semua peringkat usia . Untuk yang berninat menjadi Pemandu Pelancong dihadkan kpd usia 16 - 40 tahun .
🌹Dengan ini saya memohon kerjasama semua untuk mewar warkan peluang ini . Didahului dgn terima kasih . Sebarang pertanyaan bolih hubungi saya melalui whatsapp ini . Terima kasih .013-7523 117

Jumaat, 15 Januari 2016

Tahlil Dan Doa Selamat Januari 2016

Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Allah S.W.T maka denganNya majlis berjalan dengan lancar..sepertimana dirancangkan.

Rabu, 13 Januari 2016

Tahlil & Doa Selamat 40 tahun Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.

Dijemput
Kepada semua warga yang berkelapangan  ke Majlis Tahlil Serta Doa Selamat 40 Tahun Allahyarham Tun Haji Abd.Razak dan tahlil arwah.

Sabtu, 2 Januari 2016

Majlis Sambutan Tahun Baru 2016 & Malam Budi Dikenang.

Pengisian antaranya adalah Selawat Maulidul Rasul diikuti dengan tazkirah daripada Imam Masjid Bukit Ibam Tn. Hj.Abd Rahman bin Awg Mat dan seterusnya penyampaian sijil kepada tiga jawatankuasa yang bersara iaitu Tn.Hj.Ridzwan Abdullah,Pn.Hjh Napsah Mohamed dan En. Adnan b Uling manakala dua jawatankuasa yang mengundurkan diri atas komitmen lain adalah Pn.Wan NorAzian bt Wan Hamdan serta Setiausaha Jkkk 2015 En.Mahussin b.Rashid.
Di majlis ini juga penyampaian Ajk Cemerlang 2015 telah dianugerahkan kepada En. ROSLI BIN BAHARI di atas komitmen beliau bersama jkkk dan juga masýarakat setempat amnya,tahniah diucapkan.
Imam 1 Masjid Bukit Ibam Tn.Hj.Mohd Zamari Ab.Majid menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan no bertuah.
Pengerusi jkkk menyampai cenderahati kepada Imam 
Ajk Cemerlang 2015 En. ROSLI BIN BAHARI
Tazkirah dari Tn.Hj.Abd Rahman Awg Mat.
Pn. Wan NorAzian menerima sijil penghargaan sebagai jawatankuasa
Majlis berselawat dipimpin oleh imam masjid
 En.Mahussin Rashid menerima sijil penghargaan selaku setiausaha dari 2013 -2015  dan beliau terpaksa meletakkan jawatan kerana komitmen lain yang perlu beliau laksanakan.