JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Ahad, 22 Mei 2016

My Beautiful Malaysia (Bukit Ibam 2016)

Program Anjuran AADK Rompin pada 21 Mei 2016 (sabtu) dengan kerjasama JKKK Bukit Ibam,Skuadron 322 Tudm Bukit Ibam,Balai Polis Bukit Ibam,Klinik Kesihatan Bukit Ibam,serta penduduk dan turut sertai oleh YB.ADUN Bukit Ibam dalam program ini yang menyasarkan memusnahkan tempat-tempat sarang penagih disekitar Bukit Ibam khasnya.
Terimakasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Selasa, 17 Mei 2016

Selamat Hari Guru 2016

Salam sejahtera.
Salam Hari Guru
Alhamdulillah,terima kasih kepada YB, Dato Wan Kadri Wan Mahussain ADUN Bukit Ibam yang telah menyumbang kek sempena Hari Guru di beberapa sekolah di sekitar Bukit Ibam.
Terimakasih kepada semua guru-guru serta juga bekas guru yang gigih mendidik anak bangsa.
#Gurupembinabangsa.

Jumaat, 6 Mei 2016

Bakti DiSemai Budi DiTuai.

Terimakasih kepada abang-abang Anggota Skuadron 322 Tudm Bukit Ibam yang telah menjayakan aktiviti membersih Tanah Perkuburan Islam 2 Bukit Ibam pada 05 Mei 2016,semoga Allah SWT membalas jasa kalian serta terimakasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.