JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Rabu, 24 Februari 2016

Darul Ta'Alim Ibrahim Al-Haj Bukit Ibam

Salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Salah satu tempat pembelajaran tahfiz yang disediakan di Bukit Ibam dengan kemudahan asrama yang lengkap serta guru tahfiz yang berpengalaman khas kepada pelajar lelaki sahaja yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam,keutamaan kepada anak-anak yatim,keluarga yang kurang mampu,mereka juga berpeluang dijadikan anak angkat dan pemgambilan adalah terhad.
Ditubuhkan pada 2013 dengan tanah milik kekal seluas 27399 meter persegi yang telah diwakafkan bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan.Kos perbelanjaan pembangunan yang telah menelan belanja melebihi RM 450 ribu.
Manakala kos pengendalian bagi sebulan berjumlah RM 6 Ribu.
Pendidikan & pembelajaran telah dijalankan bermula Mac 2015 dengan bilangan pelajar pertama seramai 15 orang.
Manakala pemegang amanah Darul Ta'Alim Ibrahim Al-Haj adalah :-
1). Dato' Sri Haji Abdul Jabbar bin Ibrahim.
2). Dato' Julita Ilhani binti Abdul Jabbar.
3). Dato' Haji Nordin bin Abu Bakar.

Selasa, 23 Februari 2016

Lipatan sejarah tanggal hari ini

Selamat sejahtera ke atas kamu.
Salam 1 Malaysia.

Hari ini dalam lipatan sejarah....

Pada hari ini... tanggal
23 Feb 1950... iaitu 66 thn lepas, Balai Polis Bukit Kepong, Muar telah diserang komunis... marilah kita sama-sama sedekahkan Alfatihah kpd anggota dan keluarga polis yang gugur mempertahankan kedaulatan negara... Alfatihah.... Aamiin...

Jumaat, 19 Februari 2016

Mengenang 40 Tahun Najib Dalam Arena Politik Negara

Mengenang 40 Tahun Najib Dalam Arena Politik Negara
By Samurai Biru January 15, 2016 : 12:30 am
Pada tanggal 23 Julai 1953, di Kuala Lipis Pahang, penantian pasangan muda suami isteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah akhirnya terlerai dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka dan pantas diberi nama Mohd Najib. Kelahiran Mohd Najib ini menandakan, waris keturunan darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan terus dilanjutkan.
Sedari kecil, anak ini melihat bagaimana kehebatan ayahnya, Tun Abdul Razak yang pada ketika itu hebat “beraksi” di pentas politik negara disamping tokoh-tokoh hebat tanahair seperti Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, Tun Dr Ismail dan ramai lagi. Nyata, pengalaman yang diperolehinya sewaktu kecil pantas mengalir di setiap denyut nadi Mohd Najib untuk mencontohi kehebatan ayahnya.
Masa berlalu pergi sehinggalah Tun Abdul Razak akhirnya dipilih sebagai Perdana Menteri kedua negara pada tanggal 22 September 1970. Pada ketika itu, Mohd Najib sedang berada diambang perperiksan LCE yang menentukan hala tuju akademiknya. Disinilah segala-galanya bermula. Disinilah pengaruh politiknya tercipta dan disinilah suburnya impian politiknya.
Pada tanggal 14 Januari 1976, pada usia Mohd Najib belum pun mencecah 23 tahun, beliau menyaksikan berakhirnya penderitaan kesakitan leukimia yang dialami oleh ayahnya sejak sebelum menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. Kehilangan ayahnya begitu memeritkan bagi Mohd Najib kerana beliau masih belum puas menimba ilmu dan sentuhan kasih sayang ayahnya.
Namun, sudah tertulis sememangnya rezeki Mohd Najib didalam arena politik. Pada 21 Februari 1976, beliau memenangi kerusi Parlimen Pekan yang kosong akibat kematian ayahnya yang juga penyandang bagi kerusi berkenaan. Kemenangan tanpa bertanding beliau ini adalah hasil daripada kemahuan pengundi-pengundi di Pekan itu sendiri yang mahu melihat legasi Abdul Razak kekal menyadang jawatan Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.
Kemenangan beliau ini sekaligus mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dimana beliau adalah pemegang rekod Ahli Parlimen termuda terpilih untuk menjawat jawatan berkenaan. Malah rekod beliau masih kekal sehingga kini. Usia sebenar beliau pada waktu berkenaan adalah 22 tahun 7 bulan.
Dua tahun kemudian, sewaktu pentadbiran Tun Hussien Onn, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan sekali lagi mencatatkan sejarah sebagai Timbalan Menteri paling muda dilantik, iaitu pada usia 25 tahun. Selama dua tahun beliau menimba pengalaman di kementerian ini, beliau sekali lagi dipindahkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Selama setahun beliau bekhidmat di Kementerian Pendidikan, pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan, juga untuk setahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, paling muda dalam sejarah negara ketika berumur 29 tahun.
Pada 1986, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak memanggil semula beliau ke kabinet dan kali ini beliau dilantik sebagai menteri penuh di Kementerian Belia dan Sukan. Selama dua tahun beliau menjawat jawatan ini, banyak kemajuan telah dicapai oleh barisan belia negara dan ramai yang masih mengingati pencapaian cemerlang beliau didalam kementerian ini.
Memasuki tahun 1987, beliau dilihat seolah-olah memencilkan diri sebentar dari arena politik. Tiga tahun beliau “hilang” dari senarai kabinet hinggalah pada tahun 1990, beliau akhirnya dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baru. Maka disinilah bakat, intergriti dan potensi beliau menyerlah sepenuhnya.
Sepanjang tahun-tahun ini, bukan sedikit sumbangan yang beliau lakukan untuk mengangkat tinggi martabat Angkatan Tentera Malaysia di mata dunia. Beliau sanggup meninggalkan percutian keluarga sewaktu hari raya Aidilfitri yang pertama di Rome, Itali hanya semata-mata ingin terbang ke zon perang di Bosnia Herzegovina menyertai barisan perajurit negara yang pada ketika itu mendapat mandat PBB menjadi tentera pengaman ni negara Balkan berkenaan.
Malah kehadiran beliau nyataa mengejutkan ramai pihak di Bosnia sehinggakan kenderaan yang membawa beliau dipantau terus oleh Pentagon hanya mahu memastikan keselamatan beliau sewaktu perjalanan pergi dan balik. Tidak cukup dengan itu, satu lagi mandat PBB dikurniakan kepada negara dalam misi menjadi tentera pengaman di Somalia.
Disinilah kredibiliti beliau benar-benar teruji. Pertempuran di Pasar Bukhara di Mogadishu nyata menimbulkan debaran yang cukup hebat kepada beliau. Setiap sejam sepanjang hari, beliau mahu melihat laporan mengenai tentera kita disana. Tidak boleh tertinggal walau satu data sekalipun kerana beliau menyifatkan mereka yang berjuang di sana amat penting demi kedaulatan dan maruah negara.
Setelah lima tahun berbudi di Kementerian Pertahanan, langkah besar beliau sebagai salah satu calon Perdana Menteri sekali lagi diserlahkan dan kali ini beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan bermula dari tahun 1995 hingga 1999. Sekali lagi beliau menjalankan tugasnya dengan cemerlang dalam memastikan mutu pendidikan negara ditingkatkan selaras dengan keadaan semasa.
kwl
Banyak keputusan berani beliau ambil demi memastikan mutu pendidikan negara cukup berkualiti. Namun, sekali lagi khidmat beliau ditagih di Kementerian Pertahanan. Beliau kembali semula di kementerian yang bertanggungjawab menaikkan nama beliau. Bermula 1999 hingga 2008, beliau tidak pernah putus-putus mahu menyaksikan aset pertahanan negara menjadi lebih kukuh demi memastikan keselamatan negara terjamin.
Sewaktu Tun Dr Mahathir akhirnya menamatkan pentadbirannya selama 22 tahun pada 2003, beliau adalah satu-satunya nama yang dipertimbangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya. Jesteru, tidak hairanlah, pada 31 Oktober 2003, beliau dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada masa yang sama, beliau masih mengekalkan jawatannya selaku Menteri Pertahanan.
Langkah kecil individu yang bernama Mohd Najib ini akhirnya tiba kekemuncaknya. Pada 3 April 2008, beliau akhirnya dilantik selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perlantikannya ini menandakan kewujudan sejarah yang sudah diciptakan oleh Tun Abdul Razak untuknya sejak 23 Julai 1953.
Walaupun berhadapan dengan ujian yang maha hebat sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, namun sikap dan ketengan beliau yang 100 peratus mengikut acuan Tun Abdul Razak menjadikan beliau sebagai individu yang cukup tabah dan tenang. Beliau menjadi Perdana Menteri untuk hampir 30 juta rakyat Malaysia dan sudah semestinya beliau tidak mampu untuk memenangi hati kesemuanya sekali.
Inilah serba sedikit corat coret perjalanan seorang insan kecil bernama Mohd Najib Bin Abdul Razak. Sebermula menjawat jawatan selaku Ahli Parlimen Pekan (kekal sehingga kini), sehinggalah menjawat jawatan selaku Perdana Menteri, beliau masih mengekalkan tempo sederhana tetapi tegas. Inilah individu yang sudah ditakdirkan pada satu hari nanti bakal menjadi pemimpin utama negara.
Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan terhadap Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, diatas memperingati dan jasa-jasa pejalanan politik beliau selama 40 tahun.

Khamis, 11 Februari 2016

LAYAR BISTARI BUKIT IBAM 2016

Program Layar Bistari anjuran Penerangan Daerah Rompin yang diadakan di Bukit Ibam pada 10 Feb 2016.
Terimakasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.
Terkenang zaman wayang pacak dulu-dulu.

Isnin, 8 Februari 2016

Chinese New Year 2016

Happy Chinese New Year..
To all Malaysian's who was getting celebrate it and also will hope for Unity between all Malaysian's citizen be more intact..in present day..
"GON XI FA CAI"..

Jumaat, 5 Februari 2016

Layar Bistari Komuniti Bukit Ibam 2016

Mengamit memori wayang pacak ...
Anjuran Kementerian Penerangan Daerah Rompin serta kerjasama komuniti setempat pada 10 hb Februari 2016(rabu) bermula jam 8.30 malam di padang awam Bukit Ibam.
Dijemput ibu-ibu bapak-bapak,adik kakak,abang,pakcik,makcik atuk nenek ke padang awam pada tarikh tersebut.

Khamis, 4 Februari 2016

Ujian Katarak Mata

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1683253288598465&id=1499991176924678