JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sabtu, 28 Januari 2017

Suasana banjir kampung sekitar Bukit Ibam

Keadaan banjir di sekitar kampung berhampiran Bukit Ibam..antara kampung yang terlibat seperti Kampung Aur serta juga kampung yang mengalami putus hubungan jalan darat..seperti di Kampung Baru Bukit Ibam

Rabu, 25 Januari 2017

Cuaca Cerah

Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia. 

Keadaan di EAP Resort Kg.Baru Bukit Ibam @ Sg.Tawang kelihatan air telah mula surut pada waktu jam 11.00 pagi tadi.Mangsa yang terputus hubungan jalan seramai 135 orang termasuk  05 orang bayi di bawah 18bulan...
Alhamdulillah cuaca kembali cerah ...




Isnin, 23 Januari 2017

Tinjauan

Wakil rakyat kami - *Yb.Dato' Wan Kadri b.W.Mahussain ADUN BUKIT IBAM * meninjau keadaan kebersihan air Sg.Ganoh untuk keperluan penduduk Kg.Ganoh.....

Sabtu, 14 Januari 2017

Hari Ini Dalam Sejarah

Tun Abdul Razak Meninggal Dunia
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1976,  Perdana  Menteri  Malaysia,  YAB Tun  Abdul  Razak bin Dato’ Hussein telah  kembali  ke  rahmatullah  di  London  pada  jam  6.30  petang  waktu  Malaysia.  
Berita  mengenai  pemergian  Allahyarham  telah  disampaikan  oleh  Pemangku  Perdana  Menteri,  Datuk  Hussein  Onn  ke  seluruh  negara  menerusi  Radio  Televisyen  Malaysia.  Allahyarham telah  pergi  ke  London  untuk  menjalani  rawatan  akibat  penyakit  ‘acute  leukemia’ yang  dihidapinya. 
Jenazah  Allahyarham  telah  diterbangkan  melalui  penerbangan  Khas  Sistem  Penerbangan  Malaysia  (MAS)  dan  kemudianya  dibawa  ke  kediamaan  Allahyarham  di  Sri Taman,  Kuala  Lumpur  sebelum  disemadikan  di  Makam  Pahlawan,  Masjid  Negara. 
Penglibatan  Tun  Abdul  Razak  dalam  arena  politik  bermula  sejak  menuntut  di  London  lagi,  dan   bergiat  aktif  setelah  memasuki  UMNO  dan  dilantik  sebagai  Ketua  Pemuda.  Mulai  tahun  1951  hingga  1970  Tun  Abdul  Razak  telah  dilantik  sebagai  Timbalan  Yang  di Pertua  UMNO  dan  menganggotai  jemaah  kabinet  sebagai  Menteri  Pelajaran  pada  tahun  1955.   
Sesungguhnya  pemergian  Allahyarham  amat  dirasai  oleh  seluruh  masyarakat,  di  atas  segala  jasa  bakti  yang  telah  disumbangkan  dalam  pembangunan  negara,  Tun  Abdul  Razak  telah  diberi  gelaran  sebagai  Bapa  Pembangunan Negara.
Tarikh Peristiwa : 14/01/1976
Sumber: Arkib Negara Malaysia (ANM)

Ahad, 1 Januari 2017

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017

Friendly soccer game on the new year eve...
SELAMAT TAHUN BARU 2017