JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Khamis, 16 Mac 2017

Akarbudi UIAM 2017 Pahang

https://drive.google.com/open?id=0B-trX0JDOsRdbDE5cTNvV1FkdkU
Salam Sejahtera....
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwah...

    Selesai sudah program bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan Pahang dalam tentatif  Akar Budi 2017 Kendalian Pelajar Jurusan Sains Kesihatan bersama Komuniti Bukit Ibam bermula 11 Mac hingga 12 Mac 2017 yang lalu.

Dikesempatan ini juga kami selaku warga yang menyambut kehadiran pelajar amat berbesar hati serta berterimakasih  atas pilihan destinasi Bukit ibam sebagai salah satu tempat program akar budi dilaksanakan.


Antaranya..
Semoga ukhwah yang terjalin diantara kita akan sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat.Sepanjang Program berlangsung beberapa antara aktiviti telah dijalankan bagi mengeratkan sillahtulrahim antara ibubapa angkat serta juga warga komuniti setempat.
Jutaan terimakasih juga YB.ADUN Bukit Ibam  Dato Wan Kadri bin Wan Mahussain yang telah sudi hadir bagi merasmikan majlis penyerahan anak angkat pelajar IIUM Akar Budi 2017.

Terimakasih juga kepada YB Ahli Parlimen Rompin Dato Sri Hj.Hassan bin Ariffin yang dapat meluangkan masa bersama pelajar IIUM semasa aktiviti kuliah mahgrib di Masjid An- Nahdhah bukit Ibam seerta terimakasih kepada pihak pengurusan masjid yang telah menyediakan jamuan  ringan . 

Terimakasih juga kepada tetamu yang dijemput antaranya Tuan Pegawai Pemerintah Skuadron 322 Tudm Bukit Ibam Lt.Kol Tuan Sharidan Nemad serta pegawai pengiringnya.
Dimajlis penutup pula telah dihadiri sendiri YB ADUN Muadzam Shah,YB.Dato Sri Maznah Mazlan.



Begitu Juga jutaan terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam menjayakan program bersama pelajar IIUM tersebut, andai salah silap harap dimaafkan.































































































Tiada ulasan: