JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Selasa, 15 Januari 2019

PERMASYHURAN SULTAN PAHANG KE VI

SULTAN PAHANG KE VI
PEMBAWA PANJI - PANJI ISLAM.

Daulat Tuanku
Sembah patik harap di Ampun.

Sebak dan sejuk hati bila melihat pemasyhuran DYMM Tuanku Sultan Pahang ke VI diiringi dengan laungan takbir "Allahu Akbar" memuji dan mengangkat kebesaran Allah swt diikuti laungan Daulat Tuanku.

Tambah lagi apabila DYMM Tuanku di dalam titah Baginda memetik kata - kata keramat Saidina Abu Bakar As Sidiq R.A, Khalifah Islam yang pertama yang berbunyi :

"Jika aku betul tolonglah aku, Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu amanah, bohong itu khianat. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya".

Ternyata Tuanku Sultan sungguh prihatin dan mahukan pemerintahan Baginda dimulakan dengan permulaan yang baik iaitu menjunjung dan mentaati kehendak Allah dan Rasul.

Moga Allah merahmati KDYMM Sultan Abdullah dan KDYMM Tengku Puan Pahang.

#AllahuAkbar
#DaulatTuanku
#RajaDanRakyatBerpisahTiada




Tiada ulasan: