JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Selasa, 30 Mac 2010

Pasar Bukit Ibam 2010

Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia

Pasar Bukit Ibam sebelum..
Pasar Bukit Ibam yang dinaiktaraf serta telah beroperasi pada awal tahun 2010Terima kasih pada pihak Majlis Daerah Rompin yang perihatin terhadap pembangunan dan prasarana Infrastruktur di tempat kami..Sebanyak 7 pintu gerai niaga yang telah pun beroperasi sepenuhnya..

Tahniah...Watikah Perlantikan.2010




Salam..Sejahtera...
Salam 1Malaysia.....



Ucapan Tahniah Khasnya kepada En. Md Zamri bin Budin PPN.,PJK,di atas penerimaan watikah perlantikan semula beliau sebagai Pengerusi JKKK Bukit Ibam bagi sesi 2010 pada 25 Mac 2010 yang lalu.Tahniah juga kepada kesemua 33 orang Pengerusi JKKK yang turut serta dalam majlis penerimaan watikah, bertempat di Pejabat Daerah Rompin pada minggu lalu.

Harapan semoga semua ahli jawatankuasa JKKK Bukit Ibam akan bertambah mantap dalam menjalankan tugas-tugas serta amanah yang diberikan..Disamping sokongan dan dokongan warga Bukit Ibam Amnya....



Selasa, 23 Mac 2010

MAKLUMAN KEPADA BEKAS PELAJAR S.K. BUKIT IBAM.

SALAM SEJAHTERA..
SALAM 1 MALYSIA....

PERHATIAN & MAKLUMAN.....

KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR S.K. BUKIT IBAM...TAK KIRA DI MANA ADA BERADA..

PIHAK JAWATANKUASA SUKAN SEKOLAH SK BUKIT IBAM BERSAMA PENDUDUK BUKIT IBAM AKAN BEKERJASAMA UNTUK MENGADAKAN TEMASYA SUKAN TAHUNANNYA PADA TAHUN INI..DAN PADA MASA YANG SAMA JUGA, AKAN DIADAKAN "MALAM JASAMU DIKENANG" KHAS KEPADA BEKAS PELAJAR SK BUKIT IBAM.

OLEH YANG DEMIKIAN DAPATLAH KIRANYA KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR SK BUKIT IBAM DIJEMPUT UNTUK TURUT SAMA ...

keterangan lanjut..sila emailkan kepada kami.atau hubungi terus pihak Jkkk Bukit Ibam.
Sekian terimakasih...

Takziah.


Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia....

Pihak JKKK Bukit Ibam mengucapkan Takziah kepada keluarga en. Johari bin Alwi di atas kepergian anak lelaki beliau yang terlibat dalam satu kemalangan akibat rempuhan oleh pelajar warganegara asing di Taman Dr.Tun Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada malam Isnin yang lalu.Kepada keluarga beliau diharapkan sentiasa bersabar di atas ketentuan Allah S.W.T.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.....

Ahad, 14 Mac 2010

JEMPUTAN KE MASJID BUKIT IBAM PADA 15/03/2010

Penyampaian Ceramah oleh Ust.Syauqi dari PAID Muadzam Shah bersama Ust.Hamdan Yusof Kadhi Daerah Kuantan yang sudi meluangkan masa untuk datang ke Bukit Ibam bagi mengimarahkan Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.
Kehadiran warga Ibam yang turut sama mengimarahkan suasana bagi mendengar ceramah yang disampaikan..

Antara warga Ibam yang khusyuk dan menghayati setiap ungkapan daripada penceramah..



Gotong royong menyiapkan lauk-pauk untuk makan malam nanti.
Antaranya..menunya...ikan patin masak lemak cili api...singgang ikan Aya...dengan sambal belacan lagi...pehhhh...

Salam...
Kepada semua muslimin dan muslimat..dijemput hadir ke Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam pada malam 15hb,March 2010( Isnin)..

Program KeAgamaan Komuniti Bukit Ibam 2010.

- Solat Maghrib
- Tahlil Arwah
- Solat Isya
- Ceramah Agama oleh Kadhi Daerah Kuantan & Kadhi Daerah Muadzam Shah.
" MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH "

Ucapan terima kasih kepada pihak - TDK Sdn. Bhd.
- SK Bukit Ibam.
- Ajk JKKK Bukit Ibam.
- Ajk Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.
- Penduduk yang turut sama membantu secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dilupakan juga atas kehadiran En.Saiful dan adik Ad, yang sudi datang dari Keratong...

Sekian Terima Kasih..

Selasa, 9 Mac 2010

Bengkel Pelan Tindakan Desa 2010



http://picasaweb.google.com/lh/photo/wLMwfXLe0aqnnnEmbxlN0A?authkey=Gv1sRgCM319KSMu_T4qwE&feat=directlink

Salam..salah satu Program yang telah berjaya diadakan di perkarangan bangunan JKKK Bukit Ibam serta ianya mendapat sambutan yang begitu menberansangkan daripada kalangan peserta yang hadir.
Kehadiran lebih kurang 50 orang peserta bagi menjayakan bengkel tersebut amatlah membanggakan kami.Ucapan terima kasih juga kepada 4 orang penceramah daripada (Institut Kemajuan Desa ( INFRA ) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah bermalam di rumah Pn. Hjh.Zaliah bt Hussin.
Antara pengisian program tersebut adalah:-
1. Mengenal Pasti masalah Dan Potensi kampung.
2. Wawasan & Objektif Pembangunan kampung.
3.Cadangan Pembangunan serta Penyelesaian masalah yang berkaitan.

Khamis, 4 Mac 2010

Kahwin adik Salim Md Jamin kat Ibam


Sempat juga ambe meluang kan masa hadir...