JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 28 Mei 2010

Majlis Akad Nikah Anak En. Mohamad bin Ramli ( Mat Bru )











Salam sejahtera...
Salam 1Malaysia...





Majlis akad nikah anak kepada saudara En. Mohamad bin Ramli( Mat Bru ) telah dilakukan selepas Solat Asar dikediaman beliau...




Saudara En. Mohamad bin Ramli (Mat Bru) juga adalah salah seorang AJK Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam...




Dijemput semua warga untuk datang pada majlis persandingan bagi meraikan pasangan mempelai (Zulaika & Izwan )pada hari Sabtu ini( 29 Mei 2010)...








Posted by Picasa

Rabu, 26 Mei 2010

Jamuan Johan Kategori Rumah Tercantik Zon Perak ( Rumah Hijau)

Salam...Sejahtera...
Salam 1 Malaysia....

Tibalah giliran rumah hijau (Zon Timah ) mengadakan jamuan bagi meraikan kemenangan Johan Kategori Rumah Tercantik dalam Temasya Sukan Tahunan SK Bukit Ibam baru-baru ini.Tempat kedua pula telah menjadi milik Rumah Kuning ( Zon Intan / TUDM ).

Jamuan telah diadakan di kediaman En. Ibrahim bin Hj. Long selaku Ketua Zon Timah..sebelum itu bacaan Tahlil & Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Tn. Hj. Sanusi bin Tn. Hj. Adon bersama jemaah Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.

Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya maka jamuan ini serba sedikit dapat menghilangkan penat lelah setiap peserta yang bertungkus lumus disamping dapat mengeratkan tali Silatulrahim.
Posted by Picasa

Jamuan Makan Malam Johan Tarik Tali Wanita



Salam Sejahtera.
Salam 1 Malaysia.....
RUMAH BIRU/LORONG GANGSA/BALAI POLIS BUKIT IBAM.
Tahniah kepada peserta Wanita Lorong Gangsa dan Anggota Penjawat Awam Balai Polis Bukit Ibam yang sama-sama bekerja keras bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan sukan SK Bukit Ibam baru-baru ini .Tahniah sekali lagi kepada pihak AJK PIBG bersama GURU-GURU SK BUKIT IBAM serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi merealisasi kejohanan tersebut.

Bagi Rumah Biru yang diwakili oleh penduduk Bukit Ibam sekitar Lorong Gangsa bersama Polis Bukit Ibam sebagai Mentor Rumah Sukan telah pun mengadakan jamuan meraikan kemenangan pada malam tadi diperkarangan Balai Polis Bukit Ibam.Moga keakraban diantara sesama warga Bukit Ibam dan Penjawat Awam akan sentiasa berpadu ke arah
kesejahteraan semua masyarakat khasnya kita warga penduduk Bukit Ibam.

Malam ini jamuan di sebelah rumah Hijau pula akan diadakan, mereka yang diwakili dari Lorong Timah..

Posted by Picasa

Isnin, 24 Mei 2010

Kejohanan Sukan Tahunan Sk Bukit Ibam 16

D.F. Newick adalah Mine Superintendent( Penguasa Lombong) RompinCo yang telah menyumbangkan Hadiah Tropi kepada SK Bukit Ibam pada tahun 1965 yang dikenali sebagai "MANGKUK CUP " pada ketika itu.. gambar kenangan ini diambil ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan En. Abdul Kadir bin Mahmood bersama pasangannya Pn. Jamilah pada tahun 1967 di Bukit Ibam.

Sekitar temasya sukan di padang awam Bukit Ibam


Posted by Picasa

Ahad, 23 Mei 2010

Sukan Tahunan SK Bukit Ibam Kali-16 & Sempena Sambutan Jubli Perak






Salam sejahtera..
Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNya maka kejohanan sukan kali 16 ini telah berjaya dengan jitunya..Disamping sambutan sempena Jubli Perak pada tahun ini dan juga perpisahan Tn.Hj.Shamsuddin. Ucapan terimakasih kepada Tn. Hj. yang sudi meluangkan masa beliau untuk hadir sama ke majlis kejohanan sukan tahunan SK Bukit Ibam serta merasmikan penutupan sukan tersebut, mengiringi beliau adalah Guru Besar yang baru En. Rashid bin Harun yang akan mengurus tadbir SK Bukit Ibam seterusnya..

Pada temasya sukan kali ini kategori rumah tercantik telah dinobatkan kepada rumah Hijau yang mana telah berjaya membawa pulang wang tunai RM200,Piala Pusingan serta seekor kambing..
Tidak dinafikan dengan kerjasama para guru serta ibubapa yang bertungkus-lumus menghiasi rumah masing-masing serta semangat kerjasama diantara golongan pendidik dan ibu bapa telah membuahkan hasil. Tahniah diucapkan...
Kepada yang lain, temasya sukan akan datang harus kita pertingkatkan bersama agar kejayaan menjadi milik yang berusaha..dengan ikhlas,tekun dan juga semangat kerjasama semua..

Diadakan juga acara sampingan bagi ibubapa & Belia, iaitu Rakit Darat (L) /(P),50meter (P)berkain Batik,100meter Kain Pelekat(L),4x100meter (Belia Lelaki ),Tarik Tali (L/P),peserta telah dibahagikan kepada empat zon mengikut warna rumah sukan disamping acara wajib bagi pelajar pelajar sekolah.

Walaubagaimanapun kejohanan tersebut telah berlangsung dengan meriahnya,terima kasih kepada pihak PIBG SK Bukit Ibam yang telah mengelolakan temasya sukan serta kerjasama antara guru dan ibu bapa.

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010








Ikrar Guru Malaysia
Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Ibarat bunga kembang tak jadi.Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetlaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di lbu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakill seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang1979

Isnin, 10 Mei 2010

Majlis Perkahwinan Cucu & Anak Pakcik Mahat
















Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia..


Majlis Perkahwinan tersebut telah diadakan pada 01 Mei 2010..dengan suasana yang meriah..
Tahniah pada keluarga pakcik Mahat Dan makcik Nab....dan juga kepada saudara Zubir Mahat yang telah menerima menantu yang pertama..