JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Isnin, 17 Mac 2014

PRAY FOR MH370

ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR..




Selasa, 4 Mac 2014

Paparan IPU dari 06:00AM hingga 11:00AM pada 04-03-2014

Hourly API from 06:00AM to 11:00AM on 04-03-2014

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
06:00AM
MASA/TIME
07:00AM
MASA/TIME
08:00AM
MASA/TIME
09:00AM
MASA/TIME
10:00AM
MASA/TIME
11:00AM
JohorKota Tinggi36*36*36*35*35*#
JohorLarkin Lama47*48*48*49*49*#
JohorMuar87*87*87*88*89*#
JohorPasir Gudang49*50*51*51*51*#
KedahAlor Setar59*59*59*59*59*#
KedahBakar Arang, Sg. Petani83*81*80*77*75*#
KedahLangkawi43*42*42*41*40*#
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu42*42*41*41*40*#
KelantanTanah Merah61*61*61*61*60*#
MelakaBandaraya Melaka80*80*79*78*77*#
MelakaBukit Rambai76*76*76*75*75*#
Negeri SembilanNilai108*109*109*109*109*#
Negeri SembilanPort Dickson68*68*68*68*74*#
Negeri SembilanSeremban81*81*83*83*84*#
PahangBalok Baru, Kuantan70*67*63*63*63*#
PahangIndera Mahkota, Kuantan38*37*37*36*36*#
PahangJerantut36*36*36*36*37*#
PerakJalan Tasek, Ipoh70*70*70*70*70*#
PerakKg. Air Putih, Taiping93*92*91*91*90*#
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh76*76*75*75*75*#
PerakSeri Manjung94*92*89*85*83*#
PerakTanjung Malim69*70*71*72*##
PerlisKangar59*59*59*59*59*#
Pulau PinangPerai72*70*69*67*66*#
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai74*72*70*69*67*#
Pulau PinangUSM71*70*69*68*67*#
SabahKeningau37*37*37*38*40*#
SabahKota Kinabalu39*39*39*39*38*#
SabahSandakan29*29*29*29*29*#
SabahTawau32*33*34*34*33*#
SarawakBintulu34*33*29*29*29*#
SarawakILP Miri39*39*39*39*40*#
SarawakKapit##33*32*31*#
SarawakKuching37*37*39*41*41*#
SarawakLimbang33*34*34*34*34*#
SarawakMiri29*29*29*28*28*#
SarawakSamarahan40*41*42*42*42*#
SarawakSarikei30*32*32*33*33*#
SarawakSibu46*45*44*43*43*#
SarawakSri Aman48*51*52*52*53*#
SelangorBanting130*133*133*132*132*#
SelangorKuala Selangor110*109*108*107*106*#
SelangorPelabuhan Kelang137*134*132*129*128*#
SelangorPetaling Jaya123*125*127*126*125*#
SelangorShah Alam125*126*126*125*124*#
TerengganuKemaman47*50*52*54*54*#
TerengganuKuala Terengganu28*29*28*29*29*#
TerengganuPaka28*29*29*30*30*#
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur112*114*115*116*115*#
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur81*82*83*84*83*#
Wilayah PersekutuanLabuan31*31*30*31*31*#
Wilayah PersekutuanPutrajaya86*87*87*87*87*#

Julat Masa / Time Range :
[12:00AM - 05:00AM] | [06:00AM - 11:00AM] | [12:00PM - 05:00PM] | [06:00PM - 11:00PM]



 Tempoh Kemaskini / Updating Duration

      IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti
      udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan
      memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan.
      Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam 
      cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS


 Nota / Note 
       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemar
       
       
 Pengiraan IPU

      Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, 
      NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi 
      diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, 
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar 
      yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. 


 Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 

      Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon 
      adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah 
      pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap 
      yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi 
      membentuk ozon di permukaan bumi.     
             
       
Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18) 

Impak Jerebu Terhadap Kesihatan dan Langkah-langkah Keselamatan Mengatasi Jerebu

Impak Jerebu Terhadap Kesihatan dan Langkah-langkah Keselamatan Mengatasi Jerebu
Tahap jerebu yang melanda negara berada dalam keadaan yang membimbangkan sehinggakan beberapa tempat telah diisyhtiharkan darurat. Orang ramai diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti garis panduan klinikal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini.
Antara kesan-kesan negatif jerebu terhadap kesihatan adalah seperti berikut:
  1. Asma
  2. Penyakit obstruktif pernafasan kronik
  3. Radang paru-paru
  4. Batuk
  5. Selesema
  6. Gatal-gatal pada tekak dan mata
  7. Serangan jantung
  8. Kerencatan dan kecacatan otak kepada kanak-kanak

Untuk mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan, langkah-langkah berikut perlu diikuti seperti:
  1. Kurangkan sebarang aktiviti luar
  2. Kurangkan atau seboleh-bolehnya tidak merokok
  3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  4. Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar
  5. Gunakan topeng pernafasan
  6. Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih
Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan

FAKTOR JEREBU

    Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acap kali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diisytiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua buah kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , ‘ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’.
              
    Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.


      Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka terlalu malas untuk membawa sampah sarap ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak 
bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar.


        Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, ‘sebelum nasi menjadi bubur’. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua warga bumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah Melayu ada berbunyi, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.