JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Isnin, 8 Disember 2008

Aidil Adha 2008






Sejahtera kepada semua..

Aidil Adha 2008.. semakin jauh meninggalkan waktu kepada kita semua..tetapi perlaksanaan serta kewajipan mengagihkan daging Qurban kepada mereka yang layak tetap disempurnakan walaupun keadaan cuaca agak basah....tapi alhamdulliah..semuanya berjalan dengan lancar...

Selesai solat Raya..maka ternakan yang diQurbankan...Lembu ( 04 ) ekor pun tumbanglah.....seterusnye... kerja - kerja melapah diusahakan oleh orang ramai yang datang ke masjid Al-Nardhah tersebut...dalam pada usaha kerja tersebut dijalankan tanpa menghiraukan hujan yang turun..namun usaha tetap dilakukan dengan bersungguh-sungguh...

Dianggarkan daging yang dapat diperolehi lebih kurang 200 kilo lebih...serta diagihkan kepada ibu-tunggal, mualaf..warga emas ,dan juga warga miskin...


Maka dikesempatan ini kami warga Bukit Ibam amat berterima kasih kepada YB.Dato'Sri Dr.Hj. Jamaluddin bin Dato'Jarjis, yang telah menyumbangkan dua (02 ) ekor lembu untuk di Qurbankan...begitu juga lembu daripada En.Ramli bin Yusop(Ramli MiniMarket) bukit ibam dan juga En Othman bin Abdul Ghafar di atas sumbangan lembu bagi agihan daging qurban....

Semoga ALLAH S.W.T jualah yang menbalas segala jasa baik...Amin....

Tiada ulasan: