JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Khamis, 30 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011Masihi..

Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia...

Sempena ketibaan tahun baru 2011 ini,pihak jawatankuasa JKKK bersama Ajk Umno Cawangan Bukit Ibam akan mengadakan Program Bubur Asyura & Sambutan Tahun Baru 2011,bertempat di Pejabat Umno Cawangan Bukit Ibam pada tarikh :31hb Disember 2010(Jumaat).

Tentatif:-
8.30 pagi - Memasak Asyura.
3.30 petang - Persiapan(rewang) bagi jamuan makan malam.
8.30 malam - Tahlil.
- Jamuan makan malam.
12.00.malam - Bacaan Doa Selamat Tahun Baru..
Semua dijemput hadir..

Bukit Ibam 1963.


Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia....
Salah satu gambar Bukit Ibam yang diambil sekitar tahun 1963 dan ihsan simpanan peribadi salah seorang warga Ibam.
Keadaan di mana waktu itu Bukit Ibam baru saja dibuka bagi aktiviti perlombongan bijih besi.
" I Bought A Mountain ".....

Ahad, 26 Disember 2010





Salam sejahtera...
Salam 1Malaysia...
Tahniah kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Asyura..
Moga tahun 2011 ini nanti kita akan mencapai kejayaan yang lebih baik lagi..

Khamis, 23 Disember 2010

Pasukan Sri Ibam


Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia...
Salam Muharam.....

Kami mendoakan kepada semua ahli kumpulan Sri Ibam agar berjaya mempertahankan gelaran bagi kali kedua di mana pasukan tersebut akan menyertai Festival Pertandingan Masak Bubur Asyura 1432H/2010 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Kg.Felda Lembah Klau,Raub,Pahang DM, pada 25hb Disember 2010/19Muharam 1432H,Sempena Sambutan Maal Hijrah1432H/2010.

Ahli kumpulan:-
1. Pn. Hjh Asiah binti Othman.
2. Pn. Zaini binti Ismail.
3. Pn. Zandariah binti Ahmad.
4. Pn. Rohani binti Kasidin.
5. Pn. Zawiyah binti Jusoh.
6. En. Ibrahim bin Hj. Long.
7. En. Adnan bin Uling.
8. En. Wan Abdullah bin Wan bakar.
9. En Rosli bin Bahari.
10.En. Mahusin binRashid.
Serta pengurus Pasukan:- Pn. Wan NorAzian binti Wan Hamdan.
Posted by Picasa

Sabtu, 11 Disember 2010

Selasa, 7 Disember 2010

AWAL MUHARAM 1432H

Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia....
SALAM MUHARAM 1432H...

KEPADA SEMUA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAH DIUCAPKAN SALAM MUHARAM..MOGA BEROLEH KESEJAHTERAAN.....SERTA KEJAYAAN...

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Dahulunya orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun.mereka mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam.Nama bulan - bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama-nama bulan Arab.Cumanya,Arab tidak mempunyai kiraan tahun sepertimana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun Masihi.

Pada zaman Saidina Umar al-Khattab,umat Islam mencadangkan agar diwujudkan tahun bagi kalender umat Islam.Pelbagai cadangan diajukan termasuk tahun kelahiran Nabi SAW untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalender umat Islam,namum ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al Khattab r.a.Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi SAW berhijrah dijadikan tahun pertama dalam kalender umat Islam.Begitulah bulan Muharam dijadikan kiraan bulan pertama dalam kalender umat Islam disebabkan bulan tersebut umat Islam baru selesai ibadah haji dan bukanlah kerana bulan tersebut Nabi SAW berhijrah..