JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Memaparkan catatan dengan label Lot Reminder Aset DARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lot Reminder Aset DARA. Papar semua catatan

Selasa, 26 Disember 2017

Majlis Penyerahan Pemilikan Tanah Lot Reminder Aset DARA.

Majlis penyerahan Tawaran Pemilikan Lot Tanah di Bukit Ibam pada 26 Disember 2016 yang disampaikan Ahli Parlimen Rompin YB. Dato Sri Hj.Hassan bin Ariffin turut serta Pengarah JKPTG Putra Jaya,YH Dato Pegawai Daerah Rompin,Penghulu Mukim Keratong,YB Dato ADUN Bukit Ibam dan turut sama YB ADUN Muadzam Shah.
Seramai 289 orang peserta menerima tawaran pemilikan terabut seperti mana mengikut surat bancian penduduk yang telah diedarkan oleh JKKK Bukit Ibam pada tahun 2009 kepada penduduk Bukit Ibam.
Namun ada segelintir darinya yang tidak memulangkan kembali surat bancian tersebut serta ianya menimbulkan masalah kerana ada diantara penduduk yang tidak tersenarai disebabkan sikap yang tidak mahu bekerjasama  dan sinis terhadap JKKK .
Maka disebabkan sikap mereka itu lah yang menjadikan nama mereka tidak tersenarai bagi Penawaran Pemilikan Tanah di Bukit Ibam.

Sabtu, 23 Januari 2016

Majlis Bersama Pemimpin.

Fokus kepada isu penyelesaian Lot Reminder Aset DARA bersama YB Dato Haji Hassan Ariffin bersama Y.Bhg.Dato Sallehuddin b. SHAK,JKPTG Putrajaya dan pegawai,Y.Bhg.Dato Fadzillah Pegawai Daerah Rompin serta kakitangan yang  hadir..
Semoga penantian sekian lama penduduk Bukit Ibam berkenaan lot rumah akan terjawab serta penyelesaian mengenai isu tersebut dapat dilaksanakan sepertimana yang dimaklumkan secara lisan oleh Ketua Pengarah JKPTG Persekutuan Y.Bhg Dato Sallehudin bin Ishak pada pertemuan bersama penduduk Bukit Ibam in sha Allah.