JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis Penyampaian Zakat dan Sumbangan 2012M/1433H



Salam Sejahtera ..
Salam 1 Malaysia..Alhamdulillah Ramadhan Al-Mubarak kini kembali menemui kita semula pada 1433H ,semoga anda semua beroleh keberkatan di Ramadhan yang mulia ini .

 Oleh yang demikian bertarikh 27hb Julai 2012 (07 Ramadhan 1433H) yakni hari Jumaat,bertempat di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam akan diadakan majlis Penyampaian Zakat Serta Sumbangan anjuran Teras Dara Konsortium Sdn Bhd dan majlis penyampaian sumbangan dan zakat tersebut akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr Sri Hj Jamaluddin bin Dato'Jarjis merangkap Ahli Parlimen Rompin.
Majlis dan penyampaian akan dilangsungkan pada jam 9.45 malam ini..selepas solat terawih.Seramai lebih kurang hampir 500 peserta yang layak akan hadir bagi menerima yang mana terdiri dikalangan wargaemas,anak yatim.fisabilillah,kanak-kanak istimewa (OKU) Orang kurang upaya serta miskin yang berada disekitar Bukit Ibam serta kampung -kampung tradisional yang berhampiran.
Pendaftaran penerima sumbangan dan zakat  akan bermulakan pada jam 0500pm  ini di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam...

Sabtu, 7 Julai 2012

Selamat Sejahtera,
Salam 1Malaysia.. Pada tarikh 07hb Julai 2012(Ahad) bertempat di dewan serbaguna Bukit Ibam,telah berlangsung perjumpaan semula bekas pekerja Perkayuan Pahang Tenggara PTSB.
Seramai 55 bekas pekerja telah berjaya menghadirkan diri pada perjumpaan kali pertama ini...PTSB yang telah ditubuhkan pada tahun 1971.
Pahang Tenggara juga meliputi kompleks perkayuan Bukit Ibam seluas 282,000 ekar. Pada tahun 1971, Pengarah Urusannya ialah Encik Ahmad Khairuddin yang sebelum itu memegang jawatan Pengarah Pinjaman MARA. Operasi pembalakan yang waktu itu dijalankan di kawasan seluas 2,000 ekar diramalkan dapat mewujudkan 1,800 pekerjaan menjelang tahun 1973.



Pada tahun 1992 Perkayuan  Pahang Tenggara (PTSB) telah ditutup secara rasmi.