Dalam mendepani
realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini
sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang
tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah
telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acap kali
melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan
Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia
terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan
Pelabuhan Kelang telah diisytiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di kedua-dua buah kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat.
Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang
banyak mengundang kontroversi sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis
kata orang tua-tua , ‘ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’.

Faktor dominan yang
menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara
besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan
tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan
terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku kerana
fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran
kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin
membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal
ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup
dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke
negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks
Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran
hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar
berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Seterusnya,
masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan
juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan
oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah
rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Mereka terlalu malas untuk membawa sampah sarap ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah
mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap
daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada
masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk
membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak
sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja
tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya,
pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar.

Gas-gas pencemar ini
merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula
tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan
bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang
dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera
dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal
ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, ‘sebelum nasi menjadi bubur’. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua warga bumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah Melayu ada berbunyi, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan