Impak Jerebu Terhadap Kesihatan dan Langkah-langkah Keselamatan Mengatasi Jerebu
Tahap jerebu yang melanda negara berada dalam keadaan yang membimbangkan sehinggakan beberapa tempat telah diisyhtiharkan darurat. Orang ramai diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti garis panduan klinikal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini.
Antara kesan-kesan negatif jerebu terhadap kesihatan adalah seperti berikut:
- Asma
- Penyakit obstruktif pernafasan kronik
- Radang paru-paru
- Batuk
- Selesema
- Gatal-gatal pada tekak dan mata
- Serangan jantung
- Kerencatan dan kecacatan otak kepada kanak-kanak
Untuk mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan, langkah-langkah berikut perlu diikuti seperti:
- Kurangkan sebarang aktiviti luar
- Kurangkan atau seboleh-bolehnya tidak merokok
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
- Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar
- Gunakan topeng pernafasan
- Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih
Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan