JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Memaparkan catatan dengan label Bukit Ibam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Ibam. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2018

Railway Progress 1961

Near at Sg Tepesoh 8 km from Bukit Ibam..
Creadit to Mamadou Blog

Bukit Ibam Mine: Construction of railway line from Tg Tengku to Bukit Ibam in 1961


These photos’ were taken in  October 1961 when the railway had reached the Tepisoh river, but still about 8 miles from  the mine at Bukit Ibam.


Selasa, 25 Disember 2012

Perjumpaan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam

Salam Sejahtera...
Salam1Malaysia...walaupun keadaan cuaca yang mendung serta hujan,namun perjumpaan bekas-bekas pelajar  SKBI buat julung kalinya  dapat juga diadakan..

 Ucapan terimakasih  kepada guru-guru yanglis ini sudi menghadirkan diri pada majlis ini...kerjasama dari cikgu semua amatlah kami hargai..Terimakasih diucapkan kepada cikgu Fadhil yang datang dari Muar Johor Bersama keluarga,cikgu Alias yang diketahui masih menetap di Bukit Ibam,ustazah Faridah yang datang dari Kuantan dan terimakasih juga kepada Tuan Guru Besar SKBI sekarang En. Rashid bin Harun yang banyak memberikan kerjasama pada majlis kali ini.   



Syabas juga kepada pihak penaja serta jawatankuasa yang menganjurkan program seumpama ini ,moga ianya akan menjadi program tahunan  serta juga pertambahan dari setiap peryertaan bekas-bekas pelajar SKBI. 




Cikgu Alias yang makin baik kesihatannya


Ustazah Faridah bt Alias

Cikgu Fadhil yang hadir bersama keluarga beliau dari Muar

Tn. Gurubesar Skbi En. Rashid Harun


Terimakasih Daun keladi tahun depan buat lagi...

Sabtu, 1 September 2012

"Tautan Kasih" Anjuran University College Shahputra (UCSA) & JKKK Bukit Ibam 31hb Ogos-02September 2012


Ketibaan Pelajar University College  Shahputra ( UCSA)  disambut dengan paluan kompang dari Kelab Kompang Bukit Ibam

Kelab Kompang Bukit Ibam

Pernceramah Al-Ust. Badlishah Alauddin
Bersama Pengerusi Jkkk
anak angkat makdik ..Shera & Nadira.. — di Bukit Ibam.

Tetamu VIP..En.Moktar Ahmad ( Pengerusi Masjid ) En.Wan Zainuddin Wan Chik ( AJK JKKK Bukit Ibam ) dn En.Ismail ( Penceramah Motivasi dr BTN Pahang ) — di Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam

Salam Kemerdekaan...
Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...

Salam Tautan Kasih...
Alhamdulillah  sempena kemerdekaan kali 55 ini pihak JKKK Bukit Ibam telah di datangi oleh seorang Penceramah Agama yang terkenal  iaitu Al-Fadhil Ust Badlishah aliauddin..Bertempat di dewan orang ramai beliau telah menyampaikan ceramah agama bertajuk "Tautan Kasih" sempena  dengan kehadiran adik-adik pelajar dari Universiti College Shahputra Kuantan (UCSA) jurusan Office Management yang akan berkampung di Bukit Ibam selama 3hari.
Serta dalam masa tersebut pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar UCSA dan penduduk setempat khasnya.
 




Antara aktiviti adalah pelajar pelajar UCSA dalam program motivasi bersama pelajar SKBI yang akan menduduki UPSR disamping itu pelajar UCSA juga melakukan aktiviti gotong royong membaikpulih rumah beberapa orang penduduk yang terpilih.
 
Pelbagai acara dan info akan menyusul .
semoga kehadiran pelajar tersebut akan memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat Bukit Ibam Khasnya.

Kaum Wanita tidak melepaskan peluang mempamerkan kehebatan.

Sukaneka sebelah pagi yang diadakan pada 02 September

Saat-saat kepiluan dirasakan apabila keluarga angkat serta anak angkat berpisah...lebih-lebih lagi bapa angkat.....


Sabtu, 14 April 2012

1968 In Memories Bukit Ibam

Antara pekerja Rompin Co..













Sultan of Pahang welcomed by workers of Rompin Mining Co. Ltd. lead by Dave Newick – Contribution of Vignesh Baskaran Pillai






Memory – a group of workers of Bukit Ibam Mine – Contribution of Trevor Hislop













Part of 1,400 workers of Bukit Ibam Mine – Contribution Vignesh Baskaran Pillai





Mr Dave Newick.






Ketibaan Sultan Pahang Di Bukit Ibam 1968 untuk majlis perasmian.




Arrival of Sultan of Pahang, Sir Abu Bakar Muadzam Shah for opening ceremony of Bukit Ibam Mine – Contribution of Trevor Hislop

Rabu, 8 Februari 2012

Dimalam Sambutan Kunjungan warga SD Kabupaten Karimun Kepri Riau ke Bukit Ibam








Salam Sejahtera...
Salam 1 Rumpun..

Syukur alhamdulillah... dengan izin Allah S.W.T jua maka majlis yang dirancangkan bagi menyambut ketibaan rombongan Warga SD Kabupaten Karimun dapat berjalan dengan lancarnya..

Kunjungan warga SD tersebut telah disambut dengan paluan kompang turut sama kaum wanita dengan bunga manggar serta bunga rampai.Sejurus itu rombongan dipersembahkan pertunjukkan silat dikalangan belia dan beliawanis Bukit ibam.

Sambil tetamu menikmati jamuan makan malam,acara tarian telah dipertontonkan buat julung-julung kalinya persembahan tersebut disertai oleh kaum Ibu Bukit Ibam,syabas kepada kaum ibu khasnya Wanita Bukit Ibam yang telah bertungkus lumus berlatih bagi memastikan persembahan dapat berjalan dengan lancar..
Diharapkan silahtulrahim antara sesama rumpun kian terjalin erat..begitu juga dikalangan warga pendidik.
Terimakasih juga kepada YB ADUN Bukit Ibam Dato'Hj.Mohamad Sahfri bin Abd Aziz yang dapat bersama memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.
Akhir kata ucapan terimakasih kepada semua yang telah berpenat lelah bergotong royong dalam persediaan sambutan ini agar berjalan dengan baik.terimakasih sekali lagi..


Isnin, 2 Januari 2012

Gotong Royong Assura 2012


Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia..

Salam 2012..

Kehadiran 2012 bagi segelintir penduduk Bukit Ibam telah mengadakan memasak bubur assyura sempena tahun 2012..sebagai salah satu aktiviti sambutan tahun baru..Kehadiran penduduk setempat menjayakan gotong royong tersebut amatlah dihargai..terimakasih diucapkan...atas keperihatinan..

Jumaat, 30 Disember 2011

Hidroponik Course..







Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...
Salam tahun 2012....

Pada 28 Disember 2011 bertempat di perkarangan pejabat JKKK Bukit Ibam telah dilangsungkan satu program yang telah memberikan kemenafaatan kepada warga yang menghadirinya iaitu satu kursus Hidroponik ...
Kepada warga yang menghadiri program tersebut diharapkan semoga dapat memberi impak positif terhadap kelangsungan ekonomi kehidupan setempat begitu jua kesihatan dari segi pemakanan .
Diharapkan lebih kerapkali dapat diadakan program-program sebegini ..syabas kepada pihak yang bekerja keras di sebalik acara sebegini

Rabu, 7 Disember 2011

Kerja naiktaraf longkang




Salam...
Naiktaraf longkang sedang giat dijalankan bagi menangani permasalahan yang mungkin timbul dikala musim tengkujuh ini..
terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Rompin yang perihatin terhadap persekitaran terutamanya di Bukit Ibam..