JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Khamis, 29 Januari 2009

QUNUT NAZILAH


Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Tarikh : 16 Januari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian KESUMA
Editor : PRO JAKIM
Hits : 808

Sabtu, 24 Januari 2009

GERHANA MATAHARI



Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

Dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.
Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

keterangan lanjut sila klik..

Hisham (Hidrografi)
www.falak-online.com

http://www.shadowandsubstance.com

Ahad, 18 Januari 2009

As-Syura


Sejahtera..
Antara........ diantaranya...


Posted by Picasa

Isnin, 12 Januari 2009

Selamat Sejahtera..

Kepada semua ibu bapa,tempoh awal tahun ini begitu memenatkan manakala melayan keletah anak-anak yang menjalani alam persekolahan begitu juga kepada anak yang belajar di IPTA/IPTS...yang mana terpaksa membayar yuran..buku..pendaftaran serta bermacam lagi,bagi yang tinggal di asrama pun begitu juga...baik asrama jauh maupun asrama dekat...kehidupan sebagai pelajar mesti ditempuhi bagi memastikan kehidupan lebih terjamin...itu pun yang mana betul-betul memikirkan masa hadapan....

Ada juga yang pergi sekolah hanya sekadar untuk memenuhi jadual harian...tetapi syukur kepada Allah,sekarang ini dah masuk minggu kedua persekolahan..bagi diri saya pulak...anak saya yang lelaki sulung ni.. baru aje..menempuhi alam kehidupan di Asrama.....Tingkatan Satu tahun...ini..kat S.M.K.kuala Rompin..maklumlah baru-baru nak belajar tinggal di asrama....bila nengok muka mak-ayah nak balik lepas hantar ..tu mula lah muka semacam je...takpa...tabah kan hati...
Ambe... pun dulu..dok kat asrama jugak...itulah ..kadang teringat balik masa tinggal kat hostel....macam - macam agenda... ada..dan ramai kawan...dari pelbagai tempat dan daerah pun ada..tu yang seronoknya....Ambe dulu mula form one kat hostel Sek Men.Ahmad Pekan..sekarang ni tapak hostel tu dah jadi bangunan Sekolah Sri Biram...perubahan..Seronoknya kat hostel tu..bila hari sabtu..je.. ade pasar minggu...maka ambe N friend pun sama sibukla kat pasar minggu..mana tahan sedar-sedar waktu jam 9pagi je..dah bunyi tukang lelong melalak..peh...riuh..sakan..tu dulu..sekarang ni tapak pasar sabtu.. tu pun dah jadik bus stand pulak...

To be Continue..........

Rabu, 7 Januari 2009

majlis berkhatan 2008 SK Bukit Ibam.MOV

Sejahtera ke atas semua,

Atas kesudian sahabat menulis lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih. Walaupun perkara disentuh sudah ditulis beberapa kali, seperti Khatan dan AIDS dan Berkhatan atau di dalam artikel Wanita dalam Islam sebenar, namun e-mel sahabat diterbitkan juga kerana terdapat di dalam kandungannya sebuah cerita yang menarik.

Umat Islam berkhatan kerana kononnya mengikut Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Sarah. Menurut ulamak, mereka harus ikut Nabi Ibrahim sebab terdapat ayat di dalam al-Qur'an yang menyuruh Nabi Muhammad ikut anutan Nabi Ibrahim.

Ayat tersebut memang ada (3:68 atau 3:95), tetapi tentang Nabi Ibrahim dan isteri berkhatan tidak ada. Kalau berkhatan menjadi satu suruhan dalam agama tentu al-Qur'an telah menyebutnya, seperti solat yang disebut bersama Nabi Ibrahim.

Sebaliknya, tentang Nabi Ibrahim berkhatan disebut pula di dalam kitab lain iaitu kitab agama Kristian. (Kitab-kitab karangan ulama Islam mengenainya tidak disebut di sini sebab mereka ditulis lama selepas penulisan kitab Bible dan juga al-Qur'an.) Sebutan Bible mengenai khatan Nabi Ibrahim dipetik daripada ALKITAB (Bible bahasa Indonesia/Melayu, terbitan Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta, 1996) berbunyi,

Kejadian 17:
9. Lagi firman Allah kepada Abraham: "Dari pihakmu, engkau harus memegang perjanjian-Ku, engkau dan keturunanmu turun-temurun.
10. Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat;
11. haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu.

24. Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya.

Cerita ulama Islam mengenai khatan Nabi Ibrahim hampir serupa, iaitu ia adalah perintah Allah, dan dilakukan sendiri olehnya. Tetapi usia Nabi Ibrahim ketika berkhatan agak berbeza sedikit. Ulama Islam mengatakan 80 tahun berbanding 99 menurut Bible Kristian.

Khatan bagi lelaki diamal dengan luas di kalangan orang-orang Yahudi. Bagi Kristian pula tidak, kerana menurut mereka, suruhan tuhan hanya ke atas Yahudi. Untuk penjelasan selanjut sila rujuk bahagian Kamus di dalam ALKITAB (muka 351) yang tertulis seperti berikut:

Sunat Tanda, bahwa seorang sudah terhisab dalam perjanjian dengan Allah. Dilakukan pada tubuh setiap anak laki-laki di Israel pada umur delapan hari (Kej. 17:9-14). "Orang-orang yang tidak bersunat" berarti: bangsa-bangsa bukan Israel (mis. Gal. 2:7).

Hanya lelaki dikhatan. Di dalam kitab-kitab Kristian dan Yahudi khatan bagi perempuan tidak disebut, tetapi hanya segelintir Yahudi dikatakan mengamalkannya.

Mengkhatan perempuan dalam Islam didapati meluas, kelihatan seperti wajib dilakukan. Kononnya ia bermula dengan khatan Siti Sarah isteri pertama Nabi Ibrahim. Petikan daripada sebuah laman web mengenainya berbunyi,

Seperti amalan khatan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya apabila isterinya Sarah, dikhatankan.

Peristiwa itu bermula apabila Hajar yang juga isteri Nabi Ibrahim mengandung, Sarah berasa cemburu lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri.

Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan. Setelah itu amalan khatan menjadi sunnah bagi wanita Islam.

Cerita agak berlainan sedikit dengan kandungan e-mel di atas. Lain ustaz lain pula ceritanya. Namun, isteri yang cemburu dengan sebahagian anggotanya dikerat tidak dilupakan.

Dapat difahamkan juga iaitu bukan sahaja Nabi Ibrahim tetapi Siti Sarah, yang kedua-duanya sudah tua, mengkhatankan diri-diri mereka sendiri, tanpa mengundang atau mengupah tukang-tukang kerat yang mahir.

Nabi Ibrahim kononnya berkhatan atas perintah Allah, sementara Siti Sarah atas arahan suaminya. Dan perbuatan itu dikatakan menjadi amalan agama Ibrahim.

Cerita berkhatan Nabi Ibrahim dengan Siti Sarah tidak disahkan oleh Allah di dalam al-Qur'an. Itu penting kerana ia diturunkan untuk mengawal dan mengesahkan kandungan kitab-kitab sebelumnya. Firman Allah,

"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya." (5:48)
Apapun sebab diberi oleh orang-orang yang menyokong amalan berkhatan, misalan agama, kesihatan, seksual dan lain, harus diingat bahawa ia bukan suruhan Allah lantas tidak menjadi suruhan agama.

Justeru, harus difikirkan tentang kebaikan tidak mengkhatankan anak-anak lelaki dan perempuan. Biarlah mereka hidup tanpa kehilangan sebahagian daripada anggota badan, walaupun sedikit. Dan biarlah mereka hidup tanpa mengikuti ajaran-ajaran kitab Kristian, Yahudi atau Islam palsu tetapi hanya mengikuti Kitab al-Qur'an yang diturunkan Tuhan mereka.

Sabtu, 3 Januari 2009