JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis Penyampaian Zakat dan Sumbangan 2012M/1433H



Salam Sejahtera ..
Salam 1 Malaysia..Alhamdulillah Ramadhan Al-Mubarak kini kembali menemui kita semula pada 1433H ,semoga anda semua beroleh keberkatan di Ramadhan yang mulia ini .

 Oleh yang demikian bertarikh 27hb Julai 2012 (07 Ramadhan 1433H) yakni hari Jumaat,bertempat di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam akan diadakan majlis Penyampaian Zakat Serta Sumbangan anjuran Teras Dara Konsortium Sdn Bhd dan majlis penyampaian sumbangan dan zakat tersebut akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr Sri Hj Jamaluddin bin Dato'Jarjis merangkap Ahli Parlimen Rompin.
Majlis dan penyampaian akan dilangsungkan pada jam 9.45 malam ini..selepas solat terawih.Seramai lebih kurang hampir 500 peserta yang layak akan hadir bagi menerima yang mana terdiri dikalangan wargaemas,anak yatim.fisabilillah,kanak-kanak istimewa (OKU) Orang kurang upaya serta miskin yang berada disekitar Bukit Ibam serta kampung -kampung tradisional yang berhampiran.
Pendaftaran penerima sumbangan dan zakat  akan bermulakan pada jam 0500pm  ini di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam...

Tiada ulasan: