Keadaan banjir di sekitar kampung berhampiran Bukit Ibam..antara kampung yang terlibat seperti Kampung Aur serta juga kampung yang mengalami putus hubungan jalan darat..seperti di Kampung Baru Bukit Ibam
JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR
Sabtu, 28 Januari 2017
Suasana banjir kampung sekitar Bukit Ibam
Rabu, 25 Januari 2017
Cuaca Cerah
Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia.
Keadaan di EAP Resort Kg.Baru Bukit Ibam @ Sg.Tawang kelihatan air telah mula surut pada waktu jam 11.00 pagi tadi.Mangsa yang terputus hubungan jalan seramai 135 orang termasuk 05 orang bayi di bawah 18bulan...
Alhamdulillah cuaca kembali cerah ...

Isnin, 23 Januari 2017
Tinjauan
Wakil rakyat kami - *Yb.Dato' Wan Kadri b.W.Mahussain ADUN BUKIT IBAM * meninjau keadaan kebersihan air Sg.Ganoh untuk keperluan penduduk Kg.Ganoh.....
Sabtu, 14 Januari 2017
Hari Ini Dalam Sejarah
Tun Abdul Razak Meninggal Dunia
Pada hari ini dalam tahun 1976, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah kembali ke rahmatullah di London pada jam 6.30 petang waktu Malaysia.
Berita mengenai pemergian Allahyarham telah disampaikan oleh Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn ke seluruh negara menerusi Radio Televisyen Malaysia. Allahyarham telah pergi ke London untuk menjalani rawatan akibat penyakit ‘acute leukemia’ yang dihidapinya.
Jenazah Allahyarham telah diterbangkan melalui penerbangan Khas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kemudianya dibawa ke kediamaan Allahyarham di Sri Taman, Kuala Lumpur sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Penglibatan Tun Abdul Razak dalam arena politik bermula sejak menuntut di London lagi, dan bergiat aktif setelah memasuki UMNO dan dilantik sebagai Ketua Pemuda. Mulai tahun 1951 hingga 1970 Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Yang di Pertua UMNO dan menganggotai jemaah kabinet sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1955.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh masyarakat, di atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan dalam pembangunan negara, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan Negara.

Tarikh Peristiwa : 14/01/1976
Sumber: Arkib Negara Malaysia (ANM)
Sumber: Arkib Negara Malaysia (ANM)
Ahad, 1 Januari 2017
Selamat Menyambut Tahun Baru 2017
Langgan:
Catatan (Atom)