JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR
Isnin, 9 November 2020
Tasik Biru Bukit Ibam
#PahangTourism
π§ππ¦ππ πππ₯π¨ ππ¨πππ§ ππππ
π½πππππ ππ£ π£ππ‘ππ’ ππ πππ‘ππ’ π¨πππͺππ π π€π‘ππ’
#tasikbirubukitibam
Jika Perth, Australia mempunyai tasik merah jambu, di Pahang kita ada Tasik Biru. Air tasik tersebut jernih dan berwarna biru, bagaikan sebuah tasik di alam kayangan, menjerat setiap mata yang memandang.
Tasik Biru yang cantik ini terhasil akibat aktiviti perlombongan di Bukit Ibam sekitar tahun 1950an. Aktiviti tersebut telah menghasilkan lubang-lubang besar akibat peletupan bukit. Selain menghasilkan lubang-lubang besar, aktiviti peletupan bukit turut mengeluarkan sumber mineral.
Lubang-lubang besar itu kemudian menjadi kawasan takungan air yang akhirnya membentuk sebuah tasik. Warna biru air tasik tersebut terhasil daripada tindak balas kimia batuan dan tanah kuari itu sendiri.
Sungguhpun Tasik Biru ini sangat cantik rupanya, namun tiada hidupan yang hidup di dalamnya.
Tasik Biru ini terletak di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang dan terbuka untuk pengunjung yang ingin lihat keindahan dan keunikannya.
Lokasi Google Maps ;
https://goo.gl/maps/VDpPJT5rGRDyc3dU6
![]() |
YB EXCO Perlancongan sudi hadir ke Tasik Biru Bukit Ibam pada 07 Nov 2020 untuk menikmati keindahan Tasik Biru Bukit Ibam |