JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Ahad, 14 Mac 2010

JEMPUTAN KE MASJID BUKIT IBAM PADA 15/03/2010

Penyampaian Ceramah oleh Ust.Syauqi dari PAID Muadzam Shah bersama Ust.Hamdan Yusof Kadhi Daerah Kuantan yang sudi meluangkan masa untuk datang ke Bukit Ibam bagi mengimarahkan Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.
Kehadiran warga Ibam yang turut sama mengimarahkan suasana bagi mendengar ceramah yang disampaikan..

Antara warga Ibam yang khusyuk dan menghayati setiap ungkapan daripada penceramah..



Gotong royong menyiapkan lauk-pauk untuk makan malam nanti.
Antaranya..menunya...ikan patin masak lemak cili api...singgang ikan Aya...dengan sambal belacan lagi...pehhhh...

Salam...
Kepada semua muslimin dan muslimat..dijemput hadir ke Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam pada malam 15hb,March 2010( Isnin)..

Program KeAgamaan Komuniti Bukit Ibam 2010.

- Solat Maghrib
- Tahlil Arwah
- Solat Isya
- Ceramah Agama oleh Kadhi Daerah Kuantan & Kadhi Daerah Muadzam Shah.
" MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH "

Ucapan terima kasih kepada pihak - TDK Sdn. Bhd.
- SK Bukit Ibam.
- Ajk JKKK Bukit Ibam.
- Ajk Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.
- Penduduk yang turut sama membantu secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dilupakan juga atas kehadiran En.Saiful dan adik Ad, yang sudi datang dari Keratong...

Sekian Terima Kasih..

Selasa, 9 Mac 2010

Bengkel Pelan Tindakan Desa 2010



http://picasaweb.google.com/lh/photo/wLMwfXLe0aqnnnEmbxlN0A?authkey=Gv1sRgCM319KSMu_T4qwE&feat=directlink

Salam..salah satu Program yang telah berjaya diadakan di perkarangan bangunan JKKK Bukit Ibam serta ianya mendapat sambutan yang begitu menberansangkan daripada kalangan peserta yang hadir.
Kehadiran lebih kurang 50 orang peserta bagi menjayakan bengkel tersebut amatlah membanggakan kami.Ucapan terima kasih juga kepada 4 orang penceramah daripada (Institut Kemajuan Desa ( INFRA ) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah bermalam di rumah Pn. Hjh.Zaliah bt Hussin.
Antara pengisian program tersebut adalah:-
1. Mengenal Pasti masalah Dan Potensi kampung.
2. Wawasan & Objektif Pembangunan kampung.
3.Cadangan Pembangunan serta Penyelesaian masalah yang berkaitan.

Khamis, 4 Mac 2010

Kahwin adik Salim Md Jamin kat Ibam


Sempat juga ambe meluang kan masa hadir...

Sabtu, 16 Januari 2010

Pertandingan Asyura Peringkat Negeri Pahang1431H/2010M .


Bergambar bersama YB Dato'ADUN Bukit Ibam







Pertandingan Asyura Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di perkarangan Masjid Al- Muadzam Shah pada 16hb.Jan 2010/30 Muharam 1431H.
Pasukan Seri Ibam telah berjaya mendapat Johan dalam kategori DUN serta menbawa pulang Piala Pusingan,Sijil dan wang RM3000,pasukan Seri Ibam dianggotai seramai 10 orang.






















Tahniah kepada pasukan Seri Ibam Yang berjaya menjuarai Pertandingan Asyura Peringkat Negeri Pahang Kategori Dun 2010M/1431H dan kategori Keceriaan...






Selamat Maju Jaya....




Ahad, 13 Disember 2009

Sumbangan PPKB Bukit Ibam 2009

Pada 02 12 2009.
Pengagihan sumbangan PPKB oleh Majlis Daerah Rompin telah disampaikan oleh En. Amran di Bukit Ibam, seramai lima orang penerima telah diberikan bantuan berupa bantuan sewa rumah,
serta juga perbelanjaan persekolahan termasuk pakaian sekolah...



antara penerima yang menandatangi surat pengesahan penerimaan
terimakasih..kepada MDR yang perihatin...terhadap masyarakat setempat amnya..

Isnin, 2 November 2009

Sukan Tahunan Tabika Kemas Bukit Ibam 2009




Salam sejahtera....
Salam 1Malaysia.....


Yb.Dato'Hj.Mohd Shafri bin Abd. Aziz ADUN Bukit Ibam telah sekali lagi meluangkan masa beliau untuk sama-sama memeriahkan sukan tahunan Tabika Kemas Bukit Ibam pada 01 Nov 2009.

Kehadiran Yb. Dato'pada majlis tersebut amatlah dihargai oleh setiap ibubapa begitu juga ahlijawatankuasa Tabika .

Selain penyampaian hadiah kepada pemenang,Yb. Dato' juga bermurah hati menyampaikan sumbangan peribadi kepada setiap kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut...pihak JKKK Bukit Ibam mengucapkan terima kasih....

Disamping itu juga Yb. Dato' sempat juga menziarah keluarga arwah wok Nahar panggilan tempatan ..yang kembali ke Rahmatullah pada 28 Oktober yang lalu.

Pihak Jawatakuasa JKKK selaku wakil keluarga Allahyarham Wok Nahar Omar ( pak mentua Ramli Minimarket) sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yb. Dato' yang meluangkan masa menziarahi...keluarga Allahyarham ...




Khamis, 17 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI



Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia..

Ramadhan bakal meninggalkan kita....disambut pula dengan AidilFitri....
Dikesempatan ini juga kami mengucapkan Selamat Menempuhi Ramadhan 1430H....
& Juga SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR & BATIN..