JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR
Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Isnin, 24 Mei 2010
Kejohanan Sukan Tahunan Sk Bukit Ibam 16
D.F. Newick adalah Mine Superintendent( Penguasa Lombong) RompinCo yang telah menyumbangkan Hadiah Tropi kepada SK Bukit Ibam pada tahun 1965 yang dikenali sebagai "MANGKUK CUP " pada ketika itu..
gambar kenangan ini diambil ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan En. Abdul Kadir bin Mahmood bersama pasangannya Pn. Jamilah pada tahun 1967 di Bukit Ibam.
Ahad, 23 Mei 2010
Sukan Tahunan SK Bukit Ibam Kali-16 & Sempena Sambutan Jubli Perak

Salam sejahtera..
Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNya maka kejohanan sukan kali 16 ini telah berjaya dengan jitunya..Disamping sambutan sempena Jubli Perak pada tahun ini dan juga perpisahan Tn.Hj.Shamsuddin. Ucapan terimakasih kepada Tn. Hj. yang sudi meluangkan masa beliau untuk hadir sama ke majlis kejohanan sukan tahunan SK Bukit Ibam serta merasmikan penutupan sukan tersebut, mengiringi beliau adalah Guru Besar yang baru En. Rashid bin Harun yang akan mengurus tadbir SK Bukit Ibam seterusnya..
Pada temasya sukan kali ini kategori rumah tercantik telah dinobatkan kepada rumah Hijau yang mana telah berjaya membawa pulang wang tunai RM200,Piala Pusingan serta seekor kambing..
Tidak dinafikan dengan kerjasama para guru serta ibubapa yang bertungkus-lumus menghiasi rumah masing-masing serta semangat kerjasama diantara golongan pendidik dan ibu bapa telah membuahkan hasil. Tahniah diucapkan...
Kepada yang lain, temasya sukan akan datang harus kita pertingkatkan bersama agar kejayaan menjadi milik yang berusaha..dengan ikhlas,tekun dan juga semangat kerjasama semua..
Diadakan juga acara sampingan bagi ibubapa & Belia, iaitu Rakit Darat (L) /(P),50meter (P)berkain Batik,100meter Kain Pelekat(L),4x100meter (Belia Lelaki ),Tarik Tali (L/P),peserta telah dibahagikan kepada empat zon mengikut warna rumah sukan disamping acara wajib bagi pelajar pelajar sekolah.
Walaubagaimanapun kejohanan tersebut telah berlangsung dengan meriahnya,terima kasih kepada pihak PIBG SK Bukit Ibam yang telah mengelolakan temasya sukan serta kerjasama antara guru dan ibu bapa.
Ahad, 16 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU 2010


Ikrar Guru Malaysia
Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.
Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Ibarat bunga kembang tak jadi.Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetlaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di lbu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakill seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang1979
Isnin, 10 Mei 2010
Majlis Perkahwinan Cucu & Anak Pakcik Mahat
Ahad, 4 April 2010
Seminar Agama Dan Pendidikan di Dewan SM Muadzam Jaya
Salam 1 Malaysia...
Seminar yang telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Muadzam Jaya pada 03hb Mac 2010( Sabtu ) yang dihadiri khususnya dari kalangan jawatankuasa masjid setempat,guru-guru serta juga ibu bapa yang sudi meluangkan masa..
Antara penceramah yang hadir Y.Bhg. Al Fadhil (Dr) Ustaz Mohamed Uthman El-Muhamadi bersama YBhg Prof.Dr. Mohd Yusof bin Othman,disamping itu juga turut sama Tuan Kadhi Daerah Muadzam Shah Al-Fadhil Ust.Mohd Rizal Ali Hanapiah .Seminar yang bertajuk "Memperkasakan Ilmu Sunnatullah".
Seminar tersebut adalah anjuran Pejabat Agama Dan Pejabat Pendidikan.Maka dengan itu para Jawatankuasa Masjid Bukit Ibam khasnya tidak melepaskan peluang menghadiri majlis ilmu yang diadakan.
Selasa, 30 Mac 2010
Pasar Bukit Ibam 2010
Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia
Tahniah...Watikah Perlantikan.2010


Salam..Sejahtera...Salam 1Malaysia.....
Ucapan Tahniah Khasnya kepada En. Md Zamri bin Budin PPN.,PJK,di atas penerimaan watikah perlantikan semula beliau sebagai Pengerusi JKKK Bukit Ibam bagi sesi 2010 pada 25 Mac 2010 yang lalu.Tahniah juga kepada kesemua 33 orang Pengerusi JKKK yang turut serta dalam majlis penerimaan watikah, bertempat di Pejabat Daerah Rompin pada minggu lalu.
Harapan semoga semua ahli jawatankuasa JKKK Bukit Ibam akan bertambah mantap dalam menjalankan tugas-tugas serta amanah yang diberikan..Disamping sokongan dan dokongan warga Bukit Ibam Amnya....
Langgan:
Catatan (Atom)


.jpg)