JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


Salam Maal Hijrah
Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia.....
Moga hijrah ke arah yang lebih baik dari tahun sebelumnya..


Tuntutan ‘wasatiyyah’ mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling.





Jumaat, 9 November 2012

Bantuan Rakyat



Salam Sejahtera...
Salam 1Malaysia...
Salam Deepavali...
Program Bantuan Rakyat di dewan Bukit Ibam pada 08 November 2012 yang telah disampaikan oleh YB Dato'Hj Mohamad Safri bin Abdul Aziz,EXCO Negeri Pahang merangkap (Ahli Dewan Undangan Bukit Ibam ).
Imam Masjid Bukit Ibam En. Abdul Rahman bin Awang Mat  memimpin bacaan doa

YB.ADUN sedang menyerahkan sumbangan kepada warga emas

Tok4 Bukit Ibam En. Zamri bin Budin mengiringi YB ADUN
antara penerima En. Zulkifli

Jumaat, 26 Oktober 2012

AIDIL ADHA 1433H

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1433H
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN JUGA MUSLIMAH.....
DARI WARGA JKKK BUKIT IBAM














Selasa, 23 Oktober 2012

“Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”



Daulat Tuanku..

Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,

Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena

Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2012 Bersamaan 08 Zullhijjah 1433 Hijrah

“Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah Takzim daripada:
Pacal JKKK Bukit Ibam Serta Warga Bukit Ibam,Pahang DarulMakmur.

Selasa, 18 September 2012

SELAWAT

 
Selawat serta Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W..

Selasa, 4 September 2012

Menuju ke Seri Perdana ( "KEKAL DIHATI")

Pengerusi Masjid sedang menunggu peserta  yang terlewat..





Salam 1 Malaysia...Salam Merdeka...Salam Ziarah...
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T  kerana telah memberi kesempatan kepada kami bagi lawatan ke Seri Perdana,Putrajaya pada 03hb September 2012(Isnin) bersamaan 16 Syawal 1433H.  Lawatan pertama kami adalah Masjid Tuanku Muhriz di bandar Serting Negeri Sembilan. dimana masing-masing ingin melepaskan hajat yang dibawa sejak dari pg td..



Menyempurnakan hajat yang terpendam..


Tiba di Kelab Tasik Putrajaya...
  Kedatangan kami telah disambut oleh En. Arman selaku pegawai pengiring yang telah mengiringi kami sepanjang lawatan tersebut yang mana agenda pertama adalah menuju ke Kelab Tasik Putrajaya bagi makan tengahari.
Jamuan makan tengahari
 Syukur dan berbanyak terimakasih atas layanan serta kemesraan dari pegawai pengiring.Selepas makan tengahari ,kami dibawa pula ke Seri Perdana hajat kami untuk berjumpa dengan Perdana Menteri tercinta bagi menyerahkan cenderahati( ' KeKal DiHati ') dari pihak kami selaku wakil dari Penduduk Bukit Ibam namun kami dimaklumkan Y.A.B. Dato'Seri Utama Hj.Mohammad Najib bin Tun Hj.Abdul Razak mempunyai jadual yang begitu ketat.
Putrajaya.
 Kekecewaan dihati kami terubat jua apabila kehadiran En. Azhar bersama En.Johari S/U Sulit kepada Y.B Dato'Dr Seri Jamaluddin bin Jarjis membawa kami ke kediaman Y.A.B Perdana Menteri di Seri Perdana.
Kesempatan solat di Masjid Putrajaya
 Namun Begitu pihak kami amat rasa bertuah kerana di izinkan untuk melawat di sekita kediaman rasmi pemimpin no 1 negara Malaysia dan terima kasih jua kepada En. Amirul Setiausaha Politik  yang melayani kerenah rombongan kami ini.
 Ahli Rombongan che liah....
 Akhir kata terima kasih daun keladi ..ada masa kami datang lagi..
ahli rombongan Pok Mir.

Untuk makluman program penyerahan cenderahati('Kekal diHati ') ini telah dirancangkan oleh pihak Pegawai Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam dengan kerjasama Ketua Umno Bahagian Rompin ,Ketua Pemuda Umno Rompin,JKKK Bukit Ibam serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.





Terima kasih....











Terimakasih kepada staff   Seri Perdana yang cekal melayani kerenah kami.

Terima kasih kepada En. Amirul dan En. Azhar atas kerjasama yang diberikan.









Sabtu, 1 September 2012

"Tautan Kasih" Anjuran University College Shahputra (UCSA) & JKKK Bukit Ibam 31hb Ogos-02September 2012


Ketibaan Pelajar University College  Shahputra ( UCSA)  disambut dengan paluan kompang dari Kelab Kompang Bukit Ibam

Kelab Kompang Bukit Ibam

Pernceramah Al-Ust. Badlishah Alauddin
Bersama Pengerusi Jkkk
anak angkat makdik ..Shera & Nadira.. — di Bukit Ibam.

Tetamu VIP..En.Moktar Ahmad ( Pengerusi Masjid ) En.Wan Zainuddin Wan Chik ( AJK JKKK Bukit Ibam ) dn En.Ismail ( Penceramah Motivasi dr BTN Pahang ) — di Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam

Salam Kemerdekaan...
Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...

Salam Tautan Kasih...
Alhamdulillah  sempena kemerdekaan kali 55 ini pihak JKKK Bukit Ibam telah di datangi oleh seorang Penceramah Agama yang terkenal  iaitu Al-Fadhil Ust Badlishah aliauddin..Bertempat di dewan orang ramai beliau telah menyampaikan ceramah agama bertajuk "Tautan Kasih" sempena  dengan kehadiran adik-adik pelajar dari Universiti College Shahputra Kuantan (UCSA) jurusan Office Management yang akan berkampung di Bukit Ibam selama 3hari.
Serta dalam masa tersebut pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar UCSA dan penduduk setempat khasnya.
 




Antara aktiviti adalah pelajar pelajar UCSA dalam program motivasi bersama pelajar SKBI yang akan menduduki UPSR disamping itu pelajar UCSA juga melakukan aktiviti gotong royong membaikpulih rumah beberapa orang penduduk yang terpilih.
 
Pelbagai acara dan info akan menyusul .
semoga kehadiran pelajar tersebut akan memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat Bukit Ibam Khasnya.

Kaum Wanita tidak melepaskan peluang mempamerkan kehebatan.

Sukaneka sebelah pagi yang diadakan pada 02 September

Saat-saat kepiluan dirasakan apabila keluarga angkat serta anak angkat berpisah...lebih-lebih lagi bapa angkat.....