JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Ahad, 9 Ogos 2015

Al-Fatihah



Salam Sejahtera...
Salam SEHATI SEJIWA.

Juga Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Ibrahim bin Haji Long ((salah seorang AJK JKKK Bukit Ibam 2007-2015) yang telah kembali ke rahmatullah pada 08 Ogos 2015 lalu.
Kami pihak JKKK amat terasa akan kepergian Allahyarham,di mana dedikasi daripada beliau yang amat tinggi serta perihatin terhadap warga Bukit Ibam. 
Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T serta ditempatkan bersama-sama orang Solehin
Amin....

Isnin, 3 Ogos 2015

Sabtu, 1 November 2014

PROGRAM TITIAN KASIH

Program Titian Kasih anjuran Kementerian Belia ,Kastam Malaysia bersama JKKK Bukit Ibam pd 31 Okt 2014 ,sempena penerangan GST oleh pihak Kastam dan perkongsian ilmu dari Us. HASLIN (US BOLLYWOOD).



Jumaat, 24 Oktober 2014

DIRGAHAYU TUANKU SULTAN PAHANG



Daulat Tuanku..
Daulat Tuanku..
Daulat Tuanku..
Sembah patik harap diampun..
Pacal Warga Bukit Ibam merafak sembah menjunjung kasih semoga Allah S.W.T melimpahkan kesejahteraan KDYMM Sultan Pahang  dalam mentadbir Negeri Pahang Darul Makmur.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang serta sempena 40 tahun pemerintahan KDYMM SULTAN PAHANG DM.
Sekian terima kasih..


Ahad, 27 Julai 2014

Selamat Menyambut Aidil Fitri 1435H

Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia..
Salam Aidil Fitri.
Kepada yang pulang ke kampung,pulanglah dengan waspada semasa pemanduan menggunakan jalanraya secara berhemah.
Kepada warga yang meninggalkan rumah semasa perayaan dapatlah agar kiranya memastikan keadaan rumah telah selamat untuk ditinggalkan begitu juga keadaan peralatan elektrik,harta benda telah dikenalpasti akan kesinambungannya semoga perayaan lebih bermakna dengan sejahtera hendaknya..

Sabtu, 19 Julai 2014

MH0017(17.07.2014)


Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia..
Salam Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,semoga Allah S.W.T memberi kekuatan menghadapi situasi  tersebut dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..
Tidak lupa juga Al-Fatihah kepada saudara se Islam kita di GAZA..