JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR
Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Khamis, 30 September 2010
Sabtu, 25 September 2010
Kemaafan...
TERDAPAT SEDIKIT GANGGUAN PADA BLOG KAMI....
HARAP MAAF...
HARAP MAAF...
Takziah
Salam...Sejahtera...
Salam 1 Malaysia..
Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Zainudin bin Abdul Ghafar yang telah pulang ke Ramatullah pada hari Selasa (21hb Sept 2010) yang lalu...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...serta ditempatkan bersama orang - orang soleh...Amin...
Jumaat, 10 September 2010
Kumpulan Marhaban Wanita Bukit Ibam
Jumaat, 4 Jun 2010
Jamuan Kesyukuran Sukan Tahunan kali16
Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...
Satu majlis jamuan telah diadakan diperkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam sempena kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Ibam kali-16 dan Sambutan Jubli Perak -46.
Jamuan tersebut telah dihadiri oleh Tn. Guru Besar En, Rashid Harun yang sudi meluangkan masa beliau bersama keluarga,Pengerusi JKKK Bukit Ibam,Guru-guru serta para petugas kejohanan.
Terimakasih diucapkan di atas kerjasama kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan kejohanan sukan tersebut...TERIMAKASIH..
Jumaat, 28 Mei 2010
Majlis Akad Nikah Anak En. Mohamad bin Ramli ( Mat Bru )
Salam sejahtera...Salam 1Malaysia...
Majlis akad nikah anak kepada saudara En. Mohamad bin Ramli( Mat Bru ) telah dilakukan selepas Solat Asar dikediaman beliau...
Saudara En. Mohamad bin Ramli (Mat Bru) juga adalah salah seorang AJK Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam...
Dijemput semua warga untuk datang pada majlis persandingan bagi meraikan pasangan mempelai (Zulaika & Izwan )pada hari Sabtu ini( 29 Mei 2010)...
Rabu, 26 Mei 2010
Jamuan Johan Kategori Rumah Tercantik Zon Perak ( Rumah Hijau)
Salam...Sejahtera...Salam 1 Malaysia....
Tibalah giliran rumah hijau (Zon Timah ) mengadakan jamuan bagi meraikan kemenangan Johan Kategori Rumah Tercantik dalam Temasya Sukan Tahunan SK Bukit Ibam baru-baru ini.Tempat kedua pula telah menjadi milik Rumah Kuning ( Zon Intan / TUDM ).
Jamuan telah diadakan di kediaman En. Ibrahim bin Hj. Long selaku Ketua Zon Timah..sebelum itu bacaan Tahlil & Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Tn. Hj. Sanusi bin Tn. Hj. Adon bersama jemaah Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.
Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya maka jamuan ini serba sedikit dapat menghilangkan penat lelah setiap peserta yang bertungkus lumus disamping dapat mengeratkan tali Silatulrahim.
Langgan:
Catatan (Atom)

