JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Rabu, 26 Ogos 2009

SEPETANG RAMADHAN BERSAMA KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG DI BUKIT IBAM









Salam sejahtera..salam Satu Malaysia.

Ampun Tuanku,Sembah patik harap diampun.
Pada tanggal 25hb Ogos 2009 / 04 Ramadhan 1430H(Selasa),Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang telah sudi meluangkan masa mencemar duli menghadiri Majlis Berbuka puasa Bersama Penduduk DUN Bukit Ibam,bertempat di Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.

Pada majlis itu juga baginda telah menyampaikan sedikit sumbangan serta bantuan kepada mereka yang memerlukan .Bagi rakyat jelata khasnya penduduk Bukit Ibam yang tidak melepaskan peluang bertemu dengan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota merasa amat bersyukur kerana dapat bertemu secara langsung dengan baginda.Begitu juga dengan masyarakat orang kita yang turut sama memeriahkan majlis tersebut .
Ketibaan baginda diiringi oleh Ahli Parlimen Rompin T.Y.T Dato'Sri Dr.Hj.Jamaluddin bin Mohd Jarjis,Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Muadzam Shah Yb.Dato' Maznah Mazlan,Yb.Dato' Hj. Mohd Shafri,EXCO & ADUN Bukit Ibam serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Walaupun keadaan sedikit basah tetapi majlis tersebut tetap berlansung dengan meriah,dikesempatan ini pihak kami amat berterimakasih kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Pahang yang telah banyak membantu kami dalam menjayakan majlis tersebut, Pejabat Daerah Rompin,Felda Gugusan Keratong,JKR Rompin,Bomba Muadzam Shah,Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam,Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah serta Jabatan - Jabatan , begitu juga kepada warga Bukit Ibam yang bertungkus-lumus menjayakan Sambutan Majlis tersebut.

Tiada ulasan: