JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Jumaat, 6 September 2013

Alhamdulillah Menjadi Tetamu Allah..

Pengerusi Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam En. Mohtar Ahmad  menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JKKK En. Md Zamri b. Budin dalam satu majlis Doa Selamatkepada bakal-bakal haji  pada 29 Ogos baru - baru ini.

Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia...

         Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T dimana pada tahun ini Pengerusi JKKK Bukit Ibam En. Md Zamri bin Budin akan berlepas ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam ke lima pada 08 September 2013,yang mana beliau akan ke Kuala Lumpur pada 06 Sept 2013..keberangkatan beliau ke kota Mekah akan sentiasa diiringi doa dari kami  Jawatankuasa serta warga Bukit Ibam amnya.Kami mengharapkan beliau beroleh keselamatan sepanjang perjalanan pergi,sepanjang masa juga  berada di Bumi Mekah & Madinah serta keselamatan semasa kepulangan ke tanah air nanti,kami juga mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan Ibadah Haji.

Semoga suatu hari nanti kita pula akan menjadi Tetamu Allah S.W.T In sha Allah.

Tok4 Zamri bersama isterinya kak Latipah  serta Ajk Wanita Bukit Ibam


Tiada ulasan: