JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Khamis, 1 April 2021

Lawatan Pegawai Jkptg Pahang ke Bukit Ibam

Assalamualaikum wbt. Warga Bukit Ibam.
Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Maksudnya:

Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

*Perjanjian Jual Beli TANAH HAK MILIK PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN Kepada Penduduk Bukit Ibam, Mukim Keratong, Daerah Rompin, Pahang Dm.

Pada 2015 Jkkk Bukit Ibam telah mengedarkan borang permohonan pemilikan tanah kepada semua individu yang menduduki kediaman  di Bukit Ibam.
Mereka dikehendaki mengisi  maklumat serta dikembalikan kepada pentadbiran Jkkk, namun ada sesetengah pihak memperlekehkan pentadbiran Jkkk serta menganggap apa yang dilakukan oleh Jkkk adalah sekadar kertas kosong sahaja dan ada pula yang membuat tindakan sendiri dengan memohon terus ke Putrajaya katanya.

Pada tahun 2017 pihak kerajaan pada waktu itu telah mengeluarkan Surat Tawaran Pemilikan kepada warga Bukit Ibam berdasarkan bilangan individu pemohon yang telah memgembalikan borang permohonan dan diangkat ke Putrajaya melalui Jkkk Bukit Ibam.
Berdasar kan borang itu juga, tiga (03)keadaan lot tanah di Bukit Ibam dapat dikategorikan.:-

A.LOT TIADA MASALAH
Keadaan Lot tanah yang tiada sebarang gangguan untuk urusan jual beli.

B. LOT BERMASALAH TAPI BOLEH SELESAI.
Lot yang ada gangguan/masalah namun boleh dibawa berbincang.

C. LOT BERMASALAH.
Keadaan lot - lot yang sukar untuk diselesaikan, dimana binaan kediaman tidak selaras dengan lot, dan tiada kata sepakat dapat dicapai.

Dan daripada daftar borang itu juga bagi kategori 'A' serta kategori 'B' , jumlah pemohon hampir  seramai 180 orang terlibat manakala kategori 'C' pula seramai 30 pemohon.

Pada tahun 2018, Pegawai Penguasa Pejabat Tanah Dan Daerah Rompin(S. O) telah hadir ke Bukit Ibam bersama kakitangan untuk melakukan siasatan ke atas tanah-tanah yang dipohon.
Antara sebab-sebab permohonan ditolak hasil siasatan ketika itu adalah:-

1. Individu menduduki kediaman secara sewa  di atas lot hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Tanpa Izin.
2. Lot yang dipohon tidak selaras dengan kediaman semasa.
3. Terdapat keraguan pada lot yang dipohon.

Dalam kes yang lain pula,
Terdapat juga individu yang membeli/menjual rumah di atas lot hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) tanpa sebarang dokumen dan ini juga menimbulkan masalah ke atas individu terbabit kerana sepatutnya individu yang terlibat harus mengetahui bahwa pembelian tanpa sebarang dokumen penyataan adalah tidak sah dan tiada tuntutan kerugian dapat dilakukan namun ada segelintir terjebak,semesti nya individu yang membeli seharusnya membuat kaji selidik terlebih atau berjumpa Jkkk untuk mengetahui keadaan sebelum melakukan urusan pembelian.

Pada tahun 2019 pihak kerajaan pada waktu itu sekali lagi mengeluarkan Surat Tawaran Semula Pembelian Lot Tanah di Bukit Ibam berserta kadar harga yang kena bayar sepertimana kadar harga yang dipersetujui(selepas siasatan dan Lapuran S. O). Sekali lagi  pemohon yang ditawarkan dikehendaki mengembalikan borang setuju terima ke Putrajaya melalui Jkkk dan Jkptg Pahang, namun masih jua ada dikalangan pemohon yang lupa mengembalikannya serta bersikap acuh tak acuh.

Pada 24 Mac 2021 lalu bagi fasa pertama ini seramai 100 pemohon telah menerima  PERJANJIAN JUAL BELI yakni lot mereka yang tiada sebarang halangan bagi urusan pemilikan lot masing-masing,dan telah menyerahkan dokumen tersebut  melalui Jkkk serta diserahkan pula kepada Jkptg Pahang bagi urusan seterusnya.
Manakala pemohon yang telah meninggal atau penukaran nama akan di maklumkan juga dalam masa terdekat ini.
Semoga perjalanan urusan jual beli tanah hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kepada warga Bukit Ibam dipermudahkan dan berjalan lancar seterusnya  Pemilikan Hak milik lot sendiri menjadi kenyataan setelah sekian lama menantikannya in sha Allah.. Aaminn.

TERIMAKASIH KEPADA:-
Yang Berhormat Ahli Parlimen Rompin.
Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Bukit Ibam.
Jkptg Pahang.
Warga Bukit Ibam.
Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
"Segala Budi Baik Hanya Allah Swt Jua Yang Membalasnya" Aamin.

Meninjau  kediaman lot pemohon bersama Pegawai JKTPG Pahang. Di Bulatan Emas, dan jalan Intan.

#ilovebukitibam
#ilovetasikbirubukitibam
#thisispahang
#ilovemyself


Tiada ulasan: