JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Rabu, 26 Ogos 2009

SEPETANG RAMADHAN BERSAMA KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG DI BUKIT IBAM









Salam sejahtera..salam Satu Malaysia.

Ampun Tuanku,Sembah patik harap diampun.
Pada tanggal 25hb Ogos 2009 / 04 Ramadhan 1430H(Selasa),Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang telah sudi meluangkan masa mencemar duli menghadiri Majlis Berbuka puasa Bersama Penduduk DUN Bukit Ibam,bertempat di Masjid Al-Nahdhah Bukit Ibam.

Pada majlis itu juga baginda telah menyampaikan sedikit sumbangan serta bantuan kepada mereka yang memerlukan .Bagi rakyat jelata khasnya penduduk Bukit Ibam yang tidak melepaskan peluang bertemu dengan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota merasa amat bersyukur kerana dapat bertemu secara langsung dengan baginda.Begitu juga dengan masyarakat orang kita yang turut sama memeriahkan majlis tersebut .
Ketibaan baginda diiringi oleh Ahli Parlimen Rompin T.Y.T Dato'Sri Dr.Hj.Jamaluddin bin Mohd Jarjis,Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Muadzam Shah Yb.Dato' Maznah Mazlan,Yb.Dato' Hj. Mohd Shafri,EXCO & ADUN Bukit Ibam serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Walaupun keadaan sedikit basah tetapi majlis tersebut tetap berlansung dengan meriah,dikesempatan ini pihak kami amat berterimakasih kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Pahang yang telah banyak membantu kami dalam menjayakan majlis tersebut, Pejabat Daerah Rompin,Felda Gugusan Keratong,JKR Rompin,Bomba Muadzam Shah,Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam,Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah serta Jabatan - Jabatan , begitu juga kepada warga Bukit Ibam yang bertungkus-lumus menjayakan Sambutan Majlis tersebut.

Isnin, 17 Ogos 2009

Isnin, 3 Ogos 2009

Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu Saudara Baru Part2















Salam sejahtera

Alhamdullilah syukur kepada Allah S.W.T ,maka dengan izinNya majlis tersebut telah selamat dijalankan yang mana cuaca begitu cerah serta kehadiran tettamu kerhormat dan juga penduduk sekitarnya.
Sebelum itu kumpulan MarhabanWanita Bukit Ibam telah melakukan aktiviti mencukur jambu serta selawat Nabi yang diadakan dikesempatan ini.

Terimakasih kepada jawatankuasa program yang bertungkus lumus,terimakasih juga kepada Yb. Dato' yang juga Pengerusi Dakwah Islamiah Badan-badan Bukan kerajaan Negeri Pahang,Tuan Kadi Daerah Muadzam Shah,Serta tetamu kerhormat yang lain,begitu juga jutaan terimakasih kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti majlis ini.
untuk makluman, majlis tersebut adalah bagi meraikan pasangan pengantin kedua-dua saudara baru iaitu SURA BINTI HUSIN ( anak Batin Kg Pelam,Kg.Aur -Batin Husin A/L Dagang ) dengan pasangannya ABDUL HADI,yang berlansung pada 02hb. Ogos 2009.


Sabtu, 1 Ogos 2009

Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu Saudara Baru






Salam Sejahtera

Pihak Jkkk Bukit Ibam amat berterimakasih di atas bantuan serta kerjasama dari penduduk yang giat membantu bagi menjayakan majlis tersebut.
Sikap gotong royong yang ditunjukkan oleh mereka amatlah kami sanjungi serta diucapkan ribuan terimakasih.

Pada 02hb.Ogos 2009 / 11Sya'ban 1430H( Ahad ) adalah hari persandingan bagi kedua-dua mempelai saudara baru tersebut,majlis tersebut dijangkakan akan diserikan lagi dengan kehadiran Yb.Adun Bukit Ibam serta Kadhi Daerah Muadzam Shah.
Pada malam sebelumnya, pihak jawatankuasa pengelola bertungkus lumus menyiapkan segala yang patut untuk keesokan harinya.

Ahad, 19 Julai 2009

Temasya Sukan SAR KAFA Bukit Ibam






Sekolah Agama Rakyat Kelas Agama & Fardhu Ain Bukit Ibam telah mengadakan temasya sukan pada 18hb.07.2009 yang lalu.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yb.Dato'Hj.Mohamad Sahfri bin Ab Aziz yang juga Wakil Rakyat Adun Bukit Ibam.

Jumaat, 17 Julai 2009

Majlis Info Bistari Bersama Rakyat Di Kg Aur.



Disamping penyampaian hadiah Yb.Dato' ADUN juga telah menyampai sumbangan dari beliau sendiri kepada penerima Cabutan no bertuah.. Program itu juga turut disertai oleh 16 agensi kerajaan,juga tidak ketinggalan Penghulu Mukim Keratong yang berjaya membuangkan lemak-lemak di badan beliau dalam acara futsal padang tersebut.

Majlis tersebut telah diadakan pada 16hb.Julai 2009 bertempat di Kg Aur,dan perasmian telah dilakukan oleh Yb Dato'Hj.Mohd Sahfry bin Abd Aziz,ADUN Bukit Ibam,beliau juga berkesempatan bersama-sama penduduk telah turun ke padang dalam perlawanan bolasepak 5sebelah..
kelihatan Yb. Dato' serta Penghulu Mukim Keratong berjaya membuang kolestrol .( berpeluh tu..)

Sabtu, 27 Jun 2009

Sukan Tahunan Sk. Bukit Ibam Kali 15

Temasya Sukan Sk Bukit Ibam kali 15 ini telah disempurnakan oleh EN. AHMAD SHAMSUL BIN KAMAL, Penghulu Mukim Keratong.