JPKK BUKIT IBAM,26670,MUKIM KERATONG,DAERAH K.ROMPIN,PAHANG DARULMAKMUR

Kemerdekaan Malaysia kali 67-Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Isnin, 9 September 2013

Gotong Royong Di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam

Pemuda bersama warga yang lebih tua saling membantu dalam gotong royong tersebut.
Salam 1Malaysia.
Salam sejahtera...
Pada hari Ahad 08 September bertempat di Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam satu kerja amal dilaksanakan dimana pemuda belia bersama warga AJK Masjid bertungkus lumus dalam gotong royong yang dijalankan.
Terimakasih kepada pemuda yang sanggup menghadirkan diri membantu dalam aktiviti yang mulia ini.Andaikata dikesempatan lain maka golongan ini jua lah yang bersedia membantu terimakasih sekali lagi.

Selepas bekerja tiba pula waktu makan...
TERIMAKASIH DAUN KELADI

Jumaat, 6 September 2013

Alhamdulillah Menjadi Tetamu Allah..

Pengerusi Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam En. Mohtar Ahmad  menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JKKK En. Md Zamri b. Budin dalam satu majlis Doa Selamatkepada bakal-bakal haji  pada 29 Ogos baru - baru ini.

Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia...

         Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T dimana pada tahun ini Pengerusi JKKK Bukit Ibam En. Md Zamri bin Budin akan berlepas ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam ke lima pada 08 September 2013,yang mana beliau akan ke Kuala Lumpur pada 06 Sept 2013..keberangkatan beliau ke kota Mekah akan sentiasa diiringi doa dari kami  Jawatankuasa serta warga Bukit Ibam amnya.Kami mengharapkan beliau beroleh keselamatan sepanjang perjalanan pergi,sepanjang masa juga  berada di Bumi Mekah & Madinah serta keselamatan semasa kepulangan ke tanah air nanti,kami juga mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan Ibadah Haji.

Semoga suatu hari nanti kita pula akan menjadi Tetamu Allah S.W.T In sha Allah.

Tok4 Zamri bersama isterinya kak Latipah  serta Ajk Wanita Bukit Ibam


Jumaat, 30 Ogos 2013

Sambutan Kemerdekaan kali 56/2013 Peringkat Bukit Ibam

Salam Sejahtera..Salam Satu Malaysia.

 Sempena bulan Kemerdekaan ini...pihak jawatankuasa telah mengadakan program yang melibatkan kemerdekan bagi warga Bukit Ibam.Pada 29hb Ogos jawatakuasa program bersama pihak jawatankuasa Masjid Bukit Ibam telah mengadakan majlis Kesyukuran bertempat di Balai Lentang Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam.

Kaum Ibu yang turut sama membantu dalam pengurusan hal di dapur.


Tambah kapsyen

Antara kediaman penduduk Bukit Ibam yang terpilih dalam Pengikftirafan Rumah Patriotisme Peringkat Bukit Ibam.


Jamuan AidilFitri di Dewan Orang ramai MDR Bukit Ibam.,

Golongan Wanita yang sentiasa banyak membantu dari segala aspek .Untuk kesekian kalinya , bagi jawatankuasa program amat berterimakasih atas kerjasama dari semua pihak. 
Antara Pemuda yang turut menceriakan suasana.


Khamis, 8 Ogos 2013

Syawal kembali kini Syawal1434H Tiba

Salam 1Malaysia..
Salam Sejahtera....

Dengan ketibaan 01Syawal yang disambut meriah oleh insan yang beragama Islam di seluruh dunia serta kesempatan ini juga ..mohon kerja sama dari setiap warga Ibam agar sentiasa berhati -hati terutama kepada kanak-kanak yang leka bermain mercun agar tidak akan menjadi bencana ..
Berayalah dengan penuh kesyukuran..

Ahad, 4 Ogos 2013

We wish u all...Selamat Hari Raya AidilFitri 1434H.

Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia...
Salam Aidil Fitri Bulan Syawal..dan 
Salam Bulan Ke Merdekaan...
Maaf Zahir Batin Dari Kami JKKK Bukit Ibam 2013

Sabtu, 3 Ogos 2013

Sepetang Ramadhan Bersama YB Dato' Wan Kadri bin Wan Mahusain ADUN Bukit Ibam

YB ADUN Bukit Ibam sedang berkata sesuatu kpd penerima zakat
 Dalam Majlis Penyampaian Zakat Anjuran Teras Dara Konsortium Sdn.Bhd (TDK) di Perkarangan Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam siang tadi.